Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kevin Feige Dicalonkan Untuk Jawatan Ketua Pegawai Kreatif Marvel

Kevin Feige telah dinamakan untuk jawatan Ketua Pegawai Kreatif Marvel, di samping menjadi presiden Marvel Studios, lapor laman Variety.

Jawatan itu akan membolehkan Feige mengetuai halatuju kreatif Marvel yang melibatkan penerbitan, filem televisyen, animasi dan semua medium. Di samping itu, Marvel TV dan Marvel Family Entertainment akan turut beroperasi di bawah selian Marvel Studios.

Feige akan terus melaporkan kepada Pengerusi Bersama Walt Disney Studios dan Ketua Pegawai Kreatif Alan Horn dan Pengerusi Bersama Alan Bergman. Dan Buckley akan kekal sebagai Presiden Marvel Entertainment dan terus melaporkan kepada Fiege serta mengawasi operasi penerbitan, jualan, perkhidmatan kreatif, permainan, pelesenan dan acara.

Feige kini sedang bekerjasama dengan Disney+ untuk beberapa projek live-action yang melibatkan karakter Marvel seperti Falcon, The Winter Soldier, Loki, Vision, Scarlett Witch dan Hawkeye. Marvel Television akan memberi fokus kepada siri animasi dimasa akan datang termasuklah empat siri animasi yang dibuat khas untuk orang dewasa seperti Howard the Duck, MODOK, Hit-Monkey dan Tigra the Dazzler untuk platform Hulu.

 

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment