Kevin Feige Dedahkan Nasib Mereka Yang Berada Didalam Kapal Terbang Semasa “The Blip”

22957
views

Filem Avengers: Endgame penuh dengan misteri dan persoalan dari peminat. Antaranya mengenai kejadian “The Blip”. Selepas Hulk berjaya mengembalikan mereka yang menjadi debu (digelar “The Blip) ke sedia kala, peminat tertanya-tanya bagaimana mereka yang menjadi debu ketika di udara mahupun laut akan terselamat dari “event The Blip”

Secara logiknya, jika mereka berada diudara ketika “event The Snap”, mereka juga mungkin akan berada di tempat yang sama ketika “event The Blip”, dan akhirnya jatuh ke bawah selepas kembali dari menjadi debu. Spider-Man: Far From Home telah menunjukkan bagaimana mereka yang menjadi debu kembali ditempat yang sama.

Jika mereka berada di darat, tiada masalah, tetapi bagaimana jika seseorang itu berada didalam pesawat yang ketinggiannya beribu-ribu kaki diudara, ataupun berada di dalam kapal yang mana kapal tersebut mungkin telah karam ataupun musnah. Adakah mereka akan terjatuh dari diudara ataupun berada didasar laut ketika “event The Blip”?

Presiden Marvel Studios Kevin Feige ada jawapannya. Ketika ditembual majalah Empire Online, Fiege mendedahkan bahawa mereka akan tetap terselamat walau dimana sahaja mereka berada, termasuklah jika berada di ketinggian 35 ribu kaki ketika menjadi debu.

Ia disebabkan permintaan Hulk yang mahu mereka yang menjadi debu, kembali dengan selamat.

“Jika orang itu berada didalam pesawat ketika mereka menjadi debu, mereka tidak kembali pada ketinggian 35,000 kaki,” Jelas Feige.

“Mereka tidak jatuh sehingga mati kerana Smart Hulk bijak, dan apabila dia memetik jari … Anda boleh meminta untuk apa sahaja yang anda mahukan dan anda boleh meminta agar semua orang kembali dengan selamat.”

Jadi sudah jelas, mereka yang kembali ketika “event The Blip” tetap selamat, dan mungkin berada didaratan semasa kembali dari menjadi debu, bukannya ditempat-tempat yang merbahaya.

Cuma yang kekal akan mati, adalah mangsa-mangsa yang tidak menjadi debu, sebaliknya mereka terbunuh disebabkan pesawat yang dinaiki, terhempas disebabkan juruterbangnya telah hilang ketika “event The Snap”. Kasihan..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here