Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kevin Feige Berhasrat Dapatkan Kembali Karakter-Karakter Marvel


Co-founder syarikat Perception – Syarikat yang melakukan penstrukturan logo dan animasi untuk filem-filem Marvel studio – Jeremy Lasky berkongsi temubualnya bersama presiden Kevin Fiege tengan harapan ketua Marvel Studio itu untuk mendapatkan kembali karakter-karakter Marvel yang terlepas dari genggaman mereka.

Feige berkata, beliau berharap legasi Marvel akan berterusan dan berharap projek Marvel Cinematic Universe akan memberi inspirasi kepada generasi akan datang seperti mana filem-filem franchise terkenal era 80an seperti Star Wars, Star Trek dan back to the Future yang mana ia banyak memberi ilham kepada Kevin Feige untuk projek MCU ini.

Kevin Feige

Apa yang menarik dalam temubual diantara Feige dan Lasky, ketua Marvel studio itu mahu membawa pulang kesemua karakter Marvel yang terlepas ke tangan studio-studio lain seperti karakter-karakter X-Men dan Fantastic Four. Walaupun terdapat kerjasama diantara Marvel dan studio lain dalam penggunaan karakter dalam filem Marvel seperti Marvel dan Sony untuk menggunakan karakter Spider-Man, dia juga berharap, mereka dapat membawa kembali kesemua karakter tersebut dibawah satu bumbung yang bernama “Marvel”.

Apabila ditanya mengenai quote Hugh Jackman dimana dia akan kembali dari persaraan membawakan watak Wolverine sekiranya karakter tersebut berada dalam filem-filem Avengers – Feige berkata dia berminat melihat X-Men bersama-sama The Avengers dalam filem Marvel.

Yes, of course! My goal is to replicate the experience that comic book fans have reading the books up on the screen and we’ve been able to accomplish that beyond my wildest dreams over the last ten years. And certainly, including Spidey in Civil War, in the upcoming Infinity War, is yet another dream that I didn’t even dare to talk about publicly because I thought the odds of it were very slim. So, no plans beyond that for the few remaining characters that aren’t already in the MCU but never say never. Who knows what can happen in the future?”

Buat masa ini terdapat kerjasama diantara studio Marvel dan studio lain dalam penerbitan filem-filem Marvel, Studio Fox pun sudah memulakan kerjasama diantara mereka dan Marvel dalam penghasilan beberapa siri Televisyen. Jika Marvel tidak dapat mengembalikan karakter yang terlepas, sekurang-kurangnya studio-studio berkenaan dapat berkerjasama supaya dapat melihat kesemua karakter Marvel berkongsi cinematic universe yang sama.



Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee