Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kesibukan Jadual Salah Seorang Aktor Menyebabkan Produksi Suicide Squad 2 Ditangguhkan

Pengambaran filem sekuel Suicide Squad 2 mungkin akan ditangguhkan sehingga musim luruh tahun hadapan disebabkan masalah jadual salah seorang pelakon utamanya.

Menurut laporan wartawan Variety, Justin Kroll, pengambaran filem keluaran Warner Bros. itu ditangguhkan seketika kerana pelakon yang membawakan watak Deathshot, Will Smith sibuk dengan pengambaran filem akan datang, iaitu Aladdin dan Gemini.

Ini bermakna, Warner Bros. terpaksa menunggu pelakon terbabit selesai pengambaran kedua-dua filemnya sebelum memulakan produksi filem Suicide Squad 2.

Semasa konvensyen Comic-Con di San Diego Julai yang lalu, Warner Bros. mengumumkan beberapa projek filem DCEU mereka termasuklah Shazam dan Suicide Squad. Tetapi pengumuman mereka tidak disertakan sekali tarikh filem berkenaan bakal ditayangkan. Tetapi difahamkan, Suicide Squad bakal ditayangkan pada tahun 2020.

Jadi penangguhan produksi filem berkenaan mungkin tidak akan mengganggu jadual tayang filem tersebut kerana mereka masih mempunyai masa yang cukup panjang untuk menyiapkan filem tersebut tepat pada jadualnya.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment