BeritaOfficial Trailer

Kesetiaan Teruji Dalam Trailer Semper Fi Lakonan Jai Courtney

Views

Lionsgate telah melancarkan trailer terbaru filem berjudul Semper Fi lakonan Jai Courtney dan Natt Wolff. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Filem thriller drama ini mengisahkan tentang Cal (Jai Courtney) yang merupakan anggota polis yang sangat berdisplin dan patuh dengan tugasnya. Apabila adiknya, Oyster ditangkap selepas terlibat dengan pergaduhan di Bar dan diberi hukuman yang tidak setimpal, – didorong oleh kesetiaannya kepada keluarga dan kod kehormat yang tinggi – Cal telah berjuang demi Oyster dalam kisah yang menguji persaudaraan dan pengorbanan

Filem ini turut dibintangi pelakon Fin  Wittrock, Beau Knapp, Arturo Castro dan Leighton Meester.

Skrip ditulis secara bersama oleh Henry-Alex Rubin dan Sean Mullin. Alex Rubin juga bertindak selaku pengarah. Semper Fi akan ditayangkan di US pada  4 Oktober ini dan boleh didapati dalam versi digital.

BACA:  David Ayer Dan Shia LaBeouf Kembali Bergabung Dalam Filem Terbaru

Tinggalkan Balasan

shares