
Berita pemergian aktress Hollywood yang juga icon kepada filem-filem Star Wars, Carrie Fisher pasti menyedihkan banyak pihak terutamanya kepada peminat-peminat filem Star Wars. Carrie Fisher yang terkenal kerana membawa watak Princess Leia atau Leia Organa dilaporkan telah meninggal dunia akibat komplikasi jantung semasa dalam perjalanan ke London.
Kematiannya telah menimbulkan banyak persoalan tentang masa depan trilogiĀ Star WarsĀ memandangkan watak Leia Organa dilaporkan masih ada dalam beberapa filem Star Wars akan datang terutamanya dalam filemĀ Star Wars Episode VIII.
Episode VIII telah ditetapkan tayangan pada 15 Disember 2017, dan menurut team produksi filem tersebut, pengambaran filem itu telah selesai sebelum kematian Carrie Fisher iaitu pada Julai 2016 yang lalu.
Malah Lucasfilm juga memgesahkan, Fisher tiada lagi babak untuk dilakokan dalam siri sekuel tersebut,
Bagaimanapun, Carrie Fisher bersama-sama Mark Hamil dikatakan akan kembali dalam filem terakhir siri trilogi tersebut iaituĀ Star Wars: Episode IX.Ā Ini bermakna team Lucasfilm terpaksa merangka kembali filem tersebut selepas ketiadaannya.Ā Star Wars: Episode IXĀ dilaporkan akan memulakan pengambaran selepas selesai tayanganĀ Episode VIIIĀ iaitu dalam tahun 2018.
Kematian Fisher dijangkakan akan menyukarkan pengarah Colin Trevorrow kerana watak Princess Leia merupakan watak penting dalam trilogi terbaru ini memandangkan dia adalahĀ ketua tentera Rebellion dalam menghadapi empayar First Order.
Menurut Trevorrow sebelum kematian Fisher, dia mahukan dua watak penting dalam filem terdahulu iaitu Luke dan Leia memainkan peranan penting dalam plot filem-filem Star Wars arahannya akan datang, malah dia juga mengesahkan Leia akan memainkan peranan penting dalam filemĀ Star Wars: Episode IXĀ bersama-sama abangnya, Luke
Secara teknikalnya, kita tidak tahu samada watak Leia ditamatkan dalam sekuel akan datang, sama seperti watak Han Solo yang ditamatkan dalam filemĀ Force Awakens.Ā Namun berdasarkan ura-ura pihak produksi yang mahu Fisher meneruskan watak Leia sehingga filem terakhir, mungkin terdapat beberapa option dari pihak produksi untuk mengatasi masalah ini.
Pertama, mungkin team produksi akan melakonkan semula watak Leia dengan pelakon baru sepertimana watak Dumbeldoor dalam filemĀ Harry PotterĀ dimana aktornya Richard Harris digantikan dengan Michael Gambon.
Kedua, mereka mengeluarkan babak yang melibatkan Princess Leia dan menerangkan kehilangannya menerusi dialog, sepertimana Lionsgate lakukan dalam filemĀ Hunger Games: Mockingjay Part 2 apabila pelakon Philip Seymour Hoffman meninggal semasa dalam proses produksi.
Option ketiga mungkin lebih menarik, menggunakan teknik CGI dalam melakokan watak Princess Leia seperti mana yang mereka lakukan dalam filemĀ Rogue OneĀ dimana team produksi menggunakan teknik CGI Peter Cushing dalam menghidupkan watakn Grand Moff Tarkin. Peter Cushing telah meninggal dunia pada 1994. CGI princess Leia semasa muda juga digunakan dalam filem tersebut.
Semuanya bergantung kepada pihak Lucasfilm dan Disney dalam mereka menghadapi ketiadaan Fisher dalam filem Star Wars akan datang samada mahu mengantikan pelakon, menggunakan dialog atau menggunakan teknik CGI. Walaupun teknik CGI option yang paling sesuai dalam memastikan watak Leia tetap wujud dalam filem akan datang, namun kos yang tinggi dan kebenaran dari ahli keluarga Fisher diperlukan jika mahu menggunakan teknik tersebut.
Star Wars Episode VIIIĀ akan ditayangkan pada 15 Disember 2017 manakalaĀ Star Wars Episode IXĀ akan ditayangkan pada 23 May 2019 jika tiada penangguhan produksi selepas kematian Carrie Fisher.