Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kerry Washington & Charlize Theron Bintangi Filem Terbaru Netflix “The School for Good and Evil”

Aktres Kerry Washinton (Scandal, Little Fires Everywhere) dan Charlize Theron (Mad Max: Fury Road) disahkan sertai projek terbaru Netflix bertajuk “The School for Good and Evil“, adaptasi dari novel YA fantasi berjudul sama karya Soman Chainani.

Pekara tersebut didedahkan pengarahnya, Paul Feig yang membuat pengumuman rasmi dia media sosial Twitter miliknya. Anda boleh lihatnya dibawah. 

Advertising

“The School for Good and Evil” akan mengikuti kisah dua sahabat baik Sophie (Sophia Anne Caruso) dan Agatha (Sofia Wylie), yang menemui sekolah untuk watak-watak kisah dongeng. Sophie tahu dia akan terpilih ke ‘School of Good’ dan menyertai alumi seperti Cinderella dan Snow White, manakala Agatha tahu dia sesuai untuk ke Sekolah Jahat. Namun, apabila nasib mereka berubah, persahabatan mereka mula diuji dan gadis-gadis itu akhirnya mengetahui siapakah diri mereka yang sebenar. 

Washington dan Theron akan menyertai Sofia Wylie (High School Musical: The Musical – The Series) dan Sophia Anne Caruso (Jack of the Red Hearts). Thero akan memainkan watak sebagai Lady Lesso manakala Washinganton sebagai Professor Dovey.

Projek terbaru ini diterbitkan Joe Roth, Jeffrey Kirschenbaum, Jane Startz, Paul Feig dan Laura Fischer. Zack Roth, Patricia Riggen, dan Soman Chainani bertindak sebagai penerbit eksekutif. 

“The Shool for Good and Evil” adalah yang pertama dari enam novel dalam siri ini, yang telah terjual lebih dari 2.5 juta naskhah dan telah diterjemahkan ke dalam 30 bahasa.

Sumber: Deadline

Advertising

Related posts

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Justice League: Ryan Reynolds Nafi Akan Buat Cameo Sebagai Green Lantern

Kakimuvee

Jennifer Lawrence Sertai Reboot MCU “Fantastic Four”?

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Poster “Army of the Dead”

Kakimuvee

Edgar Wright Akan Mengarah Filem Adaptasi “The Running Man”

Kakimuvee

Leave a Comment