Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

Kereta Api ‘Dijahanamkan’ Dalam Video Terbaru Set Penggambaran “Mission: Impossible 7”

Siri filem Mission: Impossible dikenali kerana adegan aksi dan lagak ngeri, dan jelas sekali, video set penggambaran Mission: Impossible 7 menjanji adegan-adegan aksi yang pasti memukau para penonton.

Awal minggu ini, sebuah kereta api telah yang terjun dari tebing ke kolam air telah difilemkan di Derbyshire, England. Tom Cruise dikhabar berada di sana untuk menyaksikan adegan menarik itu, dan dikatakan telah mengemudi sendiri helikopter. Aksi tersebut memerlukan pembinaan dan perancangan selama berbulan-bulan, dan ditangguhkan kerana pandemik, tetapi kini akhirnya ia dapat difileman. 

Anda boleh lihat aksi lagak ngeri dari set penggambaran Mission: Impossible 7 dibawah:

Selain Tom Cruise, “Mission: Impossible 7” dibintangi Hayley Atwell, Rebecca Ferguson (Doctor Sleep), Simon Pegg (Ready Player One), Ving Rhames (Pulp Fiction), Vanessa Kirby (Hobbs & Shaw) dan Henry Czerny (Ready or Not), berserta pendatang baru, Shea Whigham (Joker), Pom Klementieff (Guardians of the Galaxy 2, Avengers: Infinity War) dan Esai Morales (La Bamba, Titans) yang menggantikan tempat Nicholas Hoult (Mad Max: Fury Road) untuk peranan penjahat utama. 

Francais filem aksi ini sudah berusia 25 tahun dan mengandungi enam filem, bermula dengan kejayaan box office dua filem terawal. Setiap filem telah mendapat pujian para pengkritik dengan filem terbaru, “Fallout”, memperolehi rating paling tinggi di Rotten Tomatoes iaitu 97 peratus. 

“Mission: Impossible 7” akan ditayangkan pada 27 Mei 2022, diikuti “Mission: Impossible 8” pada 7 Julai 2023.

Related posts

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Leave a Comment