Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 32 2019

Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32 (ABPBH 32) 2019 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi telah memuktamatkan pemenangnya.

Selebriti Mira Filzah berjaya merangkul anugerah utama iaitu Artis Paling Popular ABPBH32 2019 dengan jumlah undian sebanyak lebih 6 juta dari para pengundi. Dia sebelum itu berjaya merangkul dua anugerah penting iaitu Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Sementara itu penyanyi Siti Nordiana turut mencatatkan kemenangan berganda apabila berjaya merangkul anugerah bagi kategori Pengacara TV Popular dan Penyanyi Wanita Popular. Pelakon Fattah Amin pula berjaya menewaskan pencabarnya iaitu Remy Ishak dan Zul Ariffin untuk mengondol anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.

Pemilihan pemenang dilakukan menerusi proses undian dimana penonton akan mengundi artis kesayangan mereka. Kempen undian sejak pertengahan Julai tahun ini dan senarai akhir telah diumumkan pada 16 Ogos yang lalu

Berikut adalah keputusan Penuh ABPBH 32 2019

Artis Baru Wanita Popular – Hanesya Hanee
Artis Baru Lelaki Popular – Adam Lee
Artis Berkolaborasi/Duo/Berkumpulan/Popular – Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini
Artis Versatil Popular – Janna Nick
Artis Komedi Popular – Zizan Razak
Artis Indonesia Popular – Laudya Cynthia Bella
Artis Korea Popular – BTS
Penyampai Radio Popular – DJ Lin
Pengacara TV Popular – Siti Nordiana
Penyanyi Wanita Popular DuitNow – Siti Nordiana
Penyanyi Lelaki Popular DuitNow – Khai Bahar
Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa – Mira Filzah
Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa – Syafiq Kyle
Pelakon Filem Wanita Popular – Mira Filzah
Pelakon Filem Lelaki Popular – Fattah Amin
Artis Paling Popular ABPBH32 2019 – MIRA FILZAH 6320463 UNDIAN

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – RAIHAN

Kategori Online

Artis Sensasi Popular – Haqiem Rusli
Gandingan Drama Popular – Mira Filzah & Remy Ishak (Pujaan Hati Kanda)
Gandingan Filem Popular – Hana Delisya & Syafiq Kyle (Langsuir)
Watak Antagonis Popular – Shukri Yahya
Lagu Paling Boom – Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment