Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Kenapa Will Smith Tidak Bintangi “Independence Day 2”


Filem Independence Day yang ditayangkan pada 1996 masih lagi menjadi filem yang tidak bosan untuk ditonton. Salah satu sebabnya, mungkin kerana kita seronok melihat lakonan Will Smith, sebagai Captai Steven Hiller, sewaktu dia masih belum tergolong dalam barisan pelakon kelas ‘A’. 

Hampir dua dekad kemudian, sekuel Independece Day: Resugrence telah dihasilkan. Tetapi, terdapat satu persoalan peminat mengenali filem tersebut, dimanakah Will Smith?

Pada Jun 1996, Smith mula dikenali menerusi kolaborasi musik bersama DJ Jazzy Jeff, dan lakonannya dalam siri sitkom NBC The Fresh Prince of Bel-AirMenjelang 1995, Smith memanfaatkan potensi layar lebarnya dengan membintangi filem Bad Boys disamping Martin Lawrence. 

Namun, perubahan terbesar dalam karier Smith bermula dari filem Independence Day. Lakonannya dalam filem arahan Roland Emmerich itu berjaya mengembangkan lagi karier lakonannya dalam dunia perfileman. Dihasilkan dengan modal $75 juta dolar, Independence Day berjaya mengutip lebih $800 juta dipentas box office, satu petanda yang cukup baik buat Smith.

Selepas Fox memberi lampu hijau kepada projek Independence Day: Resurgence pada November 2014, terdapat laporan bercanggah mengenai ketiadaan Smith. Emmerich pernah memberitahu bahawa pelakon pilihannya “terlalu mahal”, dan kemudian mendedahkan bahawa watak Smith merupakan sebahagian daripada skrip asal. 


Namun, apabila penulis skrip bertukar, jalan ceritanya beralih ke generasi baru, yang mana watak Kapten Steven Hiller dikeluarkan terus skrip asal. Bagaimanapun, pada Februari 2016, Smith menyatakan bahawa dia mempunyai masalah untuk memilih. Jadi, daripada meneruskan peranannya sebagai Kapten Steves, dia memilih untuk membintangi filem DCEU, Suicide Squad. 

“It was one of those things — I had a couple of films lined up, I had Concussion and Suicide Squad, and so it was a decision, timing-wise, between Independence Day and Suicide Squad… They were sending pictures from the set, and I was like, ahh.”

Independence Day: Resurgence dianggarkan berbajet $165 juta, manakala Suicide Squad menelan belanja yang hampir sama iaitu $175 juta, dan kedua-duanya dikritik teruk oleh pengkritik, namun filem DCEU itu berjaya meraih kutipan lebih tinggi iaitu sekitar $750 juta.

Bagi Smith, ia adalah pilihan yang tepat untuk fasa seterusnya dalam kariernya. Dia mendapat pencalonan Golden Globe menerusi lakonannya sebagai Dr. Bennet Omalu dalam filem Concussion, dan Suicide Squad membolehkannya untuk lebih dekat dengan generasi baru peminat filem. Smith menyimpulkan keputusannya semasa wawancara dengan BBC: 

“The world is in a place of nostalgia right now… Specifically in entertainment, there’s such a pull for nostalgia, so it was just the perfect opportunity and it didn’t work out.”

Walaupun tidak membintangi sekuel, Independence Day: Resurgence tetap memberi penghormatan kepada sumbangan Smith dalam filem pertama melalui beberapa rujukan visual, dan mendedahkan kepada penonton bahawa wataknya telah meninggal dunia ketika menguji pesawat baru. 

Independence Day: Resurgence mungkin mampu meraih lebih banyak kutipan box office jika Smith menjadi teraju utama. Namun, melihatkan filem pertama Independence Day sudah menjadi klasik 90an, Smith mungkin membuat keputusan untuk membiarkan masa lalu demi mencari cabaran baru dalam kariernya. 

Sumber: Wikipedia, Screenrant, Entertainment Weekly


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee