Will Smith boleh dikatakan antara artis kulit hitam yang paling berjaya dalam karier hiburanya.Ā Bukan sahaja handal berlakon, malah dia juga merupakan seorang penyanyi sebelum menukar kariernya menjadi aktor.
Antara filem-filem terkenal yang pernah dibintangi olehnya ialah Bad Boys, Men In Black & Hancook. Admin cukup meminati mutu lakonan yang bersahaja dan penuh dengan humor.
Namun, kami merasa ada sedikit kemusykilan apabila namanya tiada dalam barisan pelakonĀ Independence Day 2 yang ditayangkan Jun yang lalu sedangkan hampir kesemuaĀ pelakon asal kembali membintangi sekuel filem sains fiksyen tersebut.
Dan lebih mengejutkan, filem Suicide Squad menampilkan dirinya sebagai antara watak utama dalam filem komik DC berkenaan dengan membawa watak Deadshot.
Ramai peminat terkejut dengan tindakan Will Smith untuk menolak tawaran untuk kembali melakon wataknya dalam filem sekuelĀ Independence Day 2Ā dan memilih untuk menjadi supervillian dalam filemĀ Suicide Squad.Ā Ia dikatakn satu tindakan berisiko Will Smith apabila memilih untuk berlakon dalam filem baru sedangkanĀ Independence Day 2 dikatakan lebih berpotensi tinggi untuk berjaya kerana repultasi filem pertama.
Baru-baruĀ aktor tersebut telah mendedahkan tindakannya untuk menerima tawaran filem DC berkenaan dari membuat kemunculan semula dalam filemĀ Independence Day.Ā Ini disebabkan beliau ingin mencuba sesuatu yang baru dan fresh dalam kerjaya lakonannya.
āI had the two screenplays in front of me for theĀ Independence Day 2Ā and forĀ Suicide Squad. I had to choose between the two of those. Even the choice of going toĀ Suicide SquadĀ ā nothing about the qualities of the movie ā but the choice of trying to go forward versus clinging and clawing backwards. I do want to aggressively go forward and do new things and create and hopefully be able to stumble upon a new heyday.ā
Apapun, pilihan Will Smith dianggap tepat kerana filemĀ Suicide Squad dikatakan lebih berjaya dari filemĀ Independence Day 2Ā dari segi kutipan tiket. Malah trilogiĀ Independence DayĀ akan tamat pada sequelĀ keempat sedangkan Warners Bros dan DC sedang merangka untuk meneruskan filemĀ Suicide SquadĀ dan berpotensi untuk menghasilkan filem Stand Alone Deadshot.
jadi kepada peminat Will Smith, anda rasa, Deadshot layak tak untuk mendapat filem Stand alone nya sendiri?