Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Kenapa Thor Pergi Ke Wakanda, Bukannya Titan Untuk Menentang Thanos


Filem Avenger: Infinity War banyak meninggalkan persoalan kepada penonton tentang perjalanan ceritanya. Antara yang menjadi tanda tanya kepada penonton adalah keputusan Thor datang ke Wakanda untuk menentang Thanos sedangkan penjahat tersebut berada di planet Titan menentang Avengers.

Kata kunci untuk persoalan tersebut adalah Mind Stone. Jika anda lihat perbualan diantara Thor dan salah seorang ahli Guardians of the Galaxy iaitu Gamora, Thor ada menyebut bahawa Thanos sudah memiliki dua Infinity Stone iaitu Space Stone dan Power Stone. Kedua-dua batu infinity itu telah berjaya dirampas Thanos selepas dia menyerang Xandar dan kapal angkasa yang dinaiki rakyat Asgard.

Jadi Thor telah memberitahu Gamora bahawa Thanos sedang memburu Reality Stone yang berada di Knowhere dan dua lagi batu Infinity yang disimpan oleh Avengers dan Doctor Strange di Bumi. Disebabkan itu, Thor telah mengarahkan Guardians of the Galaxy pergi ke Knowhere untuk mendapatkan Reality Stone sebelum jatuh ke tangan Thanos, manakala dia pergi ke Nidavellir bersama-sama Rocket Raccoon dan Groot untuk mencipta senjata barunya iaitu Stormbreaker.

Selepas menghasilkan senjata barunya, Thor bersama-sama Rocket Raccon dan Groot terus pergi ke Wakanda kerana menyangkakan Thanos berada disana untuk memburu dua lagi batu Infinity yang berada di Bumi. Ingat lagi dialog Thor “Bring me Thanos!” ketika sampai di Wakanda?

Thor menuju tepat ke Wakanda kerana dia dapat merasakan lokasi Mind Stone yang berada pada dahi Vision. Jika anda lihat filem Avengers: Age of Ultron, Vision dihasilkan dengan Mind Stone berada pada badannya. Malah Thor juga memberikan kuasa petir menerusi Mjolnir kepada Vision untuk menghidupkannya. Jadi Thor dapat merasai lokasi Vision kerana mereka mempunyai hubungkait antara satu sama lain.


Ini menjawab persoalan kenapa Thor tidak pergi ke planet Titan untuk membantu Avengers dan Guardians of the Galaxy merampas Infinity Gauntlet dari Thanos kerana dia menyangkakan bahawa pejahat tersebut bersama tenteranya telah berada di Wakanda untuk merampas Mind Stone dari Vision.

Bayangkan jika Thor terus pergi ke Titan sebelum Doctor Strange melepaskan Time Stone kepada Thanos. Pasti perjalanan cerita filem Avengers: Infinity War akan berbeza bukan?


Related posts

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee