Tahukah anda karakter – karakter dalam filemĀ The Avengers, X-MenĀ danĀ SpidermanĀ adalah adaptasi dari satu komik yang sama iaitu Marvel? dan tahukah bahawa kesemua karakter tersebut mengenali satu sama lain dan pernah bersama – sama berjuang dan bertempur dengan musuh mereka.
Jika anda tahu mereka berada dalam satu Universe yang sama, dan dalam satu siri komikĀ yang serupa,Ā pasti anda berasa pelik melihat beberapa jalan cerita dan karakter yang dipaparkan dalam filem tidak sama seperti yang dicerita dalam komik tersebut. Bukan itu saja, anda mungkin terpaksa membuat ‘Google’ semata-mata mahu melihat kesahihan tentang jalan cerita dan karakter yang ditonjolkan dalam filem – filem tersebut.
Selain itu, anda perasan ataupun tidak bahawa tiada perkataan mutant disebut dalam filem keluaran Marvel StudioĀ malah dalam filem X-Men, karakter Avengers juga tidak dinyatakan sedangkan mereka dalam satu Universe.
Sebagai contoh, kemunculan watak Quicksilver dalam filem X-Men: Days of Future PastĀ dan The Avengers: Age of UltronĀ yang mana terdapat perbezaan info mengenai asal usul karater tersebut. Begitu juga dengan karakter Spiderman, karakter tersebut seolah-olah terasing dari dunia superhero Marvel.
Sebabnya mudah, pegangan hak cipta karakter-karater Marvel oleh beberapa studio produksi. 20th Century Fox memegang karakter X-Men dan Fantastic Four, manakala Sony Entertainment pula memegang hak cipta watak Spiderman, manakala Universal Picture memegang karakter NamorĀ dan Disney/Marvel memegang karakter Marvel selebihnya.Ā Disebabkan setiap studio memiliki karakter masing-masing menyebabkan perjalanan filem adapatasi komik Marvel itu terdapat sikit perubahan, termasuk juga asal usul karakter terbabit. Perubahan ini dapat dilihat apabila menonton filem – filem keluaran Marvel, kerana studio terbabit sedaya upaya untuk memastikan filem mereka sama seperti dalam komik, tetapi memandangkan terdapat beberapa terma dan syarat antara Marvel dan studio lain, mereka terpaksa membuat sedikit perubahan dalam filem mereka.
Dah tonton filem Ant-Man? watak Ant-Man sebenarnya adalah mutant bukan experimentasi makmal. Dan agreement antara Marvel dan Fox adalah, filem Marvel tidak boleh menggunakan perkataan “mutant” dalam filem mereka. Boleh tengok asal usul kembar Maximoff dalam filemĀ The Avengers: Age of UltronĀ dan bandingkan dengan yang asal

Disebabkan filem superhero menjadi genre yang paling diminati sekarang, banyak studio-studio yang memiliki karakter Superhero berlumba-lumba menghasilkan filem seperti itu. Malah DC entertainment dan Warner Bros juga dalam proses membikin filem yang berdasarkan dari karakter superhero DC Comic. 20th Fox Studio juga membuat pelaburan besar terhadap karakter Marvel mereka dengan membuat filem X-Men akan datang iaitu X-Men Apocalypse dan Wolverine 3.
Kenapa Marvel tidak menebus kembaliĀ karakter mereka?
Ini bukan soal mahu melihat jalan cerita kelihatan sama seperti dalam komik, tetapi soal bisnes. Tahukah anda Sony telah menjana berbillion US dollar dengan hanya mengunakan karakter Spiderman begitu juga Fox yang memegang watak X-Men. Jadi untuk Marvel menebus kembali watak mereka bukanlah satu yang mudah dan murah, malah pihak studio terbabit tidak akan menjual kembali karakter tersebut yang telah menjana berbillion dollar dalam kantung syarikat mereka. Jadi untuk merealisasikan agar watak Marvel duduk dalam satu Universe, pihak Marvel telah mengambil langkah berkerjasama dengan studio terbabit dalam menghasilkanĀ filem-filem yang berdasarkan dari komik Marvel.

AntaranyaĀ Sony Entertainment yang telah berkerjasama dengan Marvel untuk membuat filem reboot SpidermanĀ dan kemungkinan besar memasukkan watak tersebut dalam Marvel Universe. Hasil kerjasama ini menyebabkan pihakĀ Sony terpaksa melupakan sequel The Amazing Spiderman memandangkan filem tersebut akan menjadi filem yang baru. Untuk masa sekarang ini watak Spiderman akan diperkenalkan dalam filem Captain America: Civil WarĀ yang akan ditayangkan tahun hadapan.
Selain daripada watak Spiderman, Fantastic Four juga terpaksa melupakan sequel filem tersebut apabila pihak Fox Studio telah berkerjasama dengan Marvel dalam menghasilkan reboot filem tersebut. Ini akan mengembangkan lagi filem – filem Marvel dan tidak mustahil karakter X-Men juga akan dimasukkan dalam filem adaptasi Marvel hasil kerjasama mereka.
Jika kerjasama antara studio ini berterusan, tidak mustahil filem seperti adaptasi Marvel ini akan menjadi filem siri terpanjang dalam sejarah.