Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Kenapa Optimus Prime Bertukar Menjadi Jahat?

transformers

Filem Transformers 5: The Last KnightĀ kali ini nampaknya telah mengejutkan ramai peminat filem berkenaan apabila ia menunjukkanĀ perubahan ketara yang berlaku terhadap ketua Autobot, Optimus Prime. Optimus yang selama ini dianggap hero dan ketua robot baik yang sentiasa menjaga bumi dari ancaman Decepticon kini telah berubah 100% dari hero kepada villian.

Dalam teaser trailer yang dikeluarkan minggu lepas, ia ada menunjukan babak dimana Optimus sedang membelasah Bumblebee dengan begitu teruk sehingga menimbulkan persoalan dikalangan peminat apakah yang terjadi terhadap ketua Autobot itu.

Malah, poster terbaru bertajuk “Rethink Our Heroes”, gambar Optimus Prime sedang berdiri sambil memegang pedang dan memamparkan sedikit tanganĀ Bumblebee yang dipercayai terbaring atau mungkin telah dibunuh juga menguatkan lagi karakter twist yang berlaku pada Optimus Prime dari seorang hero kepada seorang penjahat.

transformers-5-the-last-knight

Persoalannya, apa yang menyebabkan Optimus berubah dari menjadi baik kepada jahat?

Ok, untuk mengentahui kenapa Optimus berubah 100%, kami mula membuat carian dilaman Google mengenai filem ini dan hasilnya kami telah dapat satu teori kenapa Optimus telah berubah dari hero kepada villian.

Teori tersebut mengatakan Optimus Prime mungkin telah dikawal oleh The Creator (kemungkinan Unicron), dipaksa menjadi jahat dan kembali ke bumi untuk menyempurnakan misi rahsia dan membunuh kesemua anggota Autobot termasuklah Bumblebee yang dilihat cuba menghalang niat jahat Optimus Prime.

Hmm, mungkin ada benarnya kerana dalam trailer dan poster kita dapat lihat mata Optimus yang berubah menjadi warna ungu, warna mata yang sinonim dengan robot-robot Decepticon, seolah-olah dia telah dirasuk atau dikawal oleh kuasa luar.

Malah, dalam trailer, Optimus dalam keadaan tertekan ada melaungkan perkataan “Forgive me” seolah-olah terpaksa melakukan tindakan kejamnya denganĀ membelasah Bumblebee. Ini mungkin kerana dia tidak dapat mengawal diri ataupun diugut hidup dan mati oleh The Creator.

Bila Optimus berjumpa dengan The Creator?

Dalam filemĀ Transformers 4: Age of ExtinctionĀ diakhir babak filem, Optimus telah terbang jauh ke angkasa dipercayai pulang ke planet asalnya untuk bersemuka dengan The Creator. Dia membawa bersama-sama Seed, alat yang boleh mengubah planet dan memberitahu The Creator yang dia sedang menuju kearahnya.

Namun kepulangannya ke bumi dalam filem kali ini tidak sama seperti pemergiannya dalamĀ Transformers 4.Ā Dia pulang dengan dirinya telah berubah menjadi jahat.

So,Ā sekarang mesti ramai peminat tertanya-tanya apakah nasib yang bakal dihadapi oleh Bumblebee dan adakah Optimus Prime akan selama-lamanya jahat?

Bagi kami, tidak. Optimus tetap akan berubah kembaliĀ menjadi hero dalam filem terbaru ini walaupun trailer dan poster jelas menunjukan perubahan karakter robot berkenaan.

Dan nasib Bumblebee? kita tunggu kemunculan filemĀ Transformers 5: The Last KnightĀ yang akan ditayangkan pada 23 Jun 2017.

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment