Rasanya bukan rahsia lagi siapakah bapa kepada Peter Quill aka Star-Lord dalam filem Guardians of the Galaxy. Bapanya telah diketahui selepas James Gunn mendedahkannya kepada peminat. James Gunn tidak mahu meniru gaya Star Wars yang merahsiakan siapa bapa Luke Skywalker, sebaliknya dia terus mendedahkan kepada umum tanpa perlu menyimpan rahsia.
Seperti yang kita ketahui, dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 2, bapa Peter Quill adalah Ego The Living Planet, sebuah entiti purba dan sangat berkuasa di angkasa lepas dan karakter tersebut dibawa oleh aktor veteren terkenal, Kurt Russell. Persoalannya sekarang, kenapa James Gunn mengangkat Ego the Living Planet sebagai bapa kepada Peter Quill, bukannya J’Son, raja kepada Planet Spartax?
Menurut komik, J’Son telah terkandas di Bumi, kemudian diselamatkan dan dibantu Meredith Quill. Kedua-duanya menjalinkan hubungan intim sebelum J’Son terpaksa pulang ke planetnya untuk berperang. Semasa J’Son meninggalkan Meredith, dia tidak tahu bahawa wanita tersebut telah mengandungkan anaknya, Peter Quill.
Tetapi Ego The Living Planet pula sangat berbeza dalam versi komik. Dia adalah hidupan purba yang telah lama wujud dan dia hidup dalam bentuk sebuah planet. Peter Quill dan Ego The Living Planet langsung tidak mempunyai apa-apa hubungan dan Ego tidak pernah bertukar bentuk dalam manusia dan mempunyai hubungan intim dengan manusia. Ego juga bukanlah dikira sebagai Villain atau superhero, tetapi dia banyak membantu Superhero terutamanya hero-hero di Bumi.
Kenapa James Gunn memilih Ego menjadi bapa Peter Quill?
Seperti kebiasaan filem-filem Superhero komik, pasti ada sedikit twist apabila mereka menterjemahkan komik ke filem. Guardians of the Galaxy tidak terkecuali. Menurut James Gunn, dia sengaja mengantikan J’Son kepada Ego The Living Planet sebagai bapa kepada Peter Quill. Tujuannya ialah mahu memperlihatkan kepada penonton bapa Peter Quill adalah seorang yang sangat berkuasa, dan bertaraf dewa, bukannya anak kepada seorang raja.
“I didn’t like that in the comics J’Son is a king, and he also reeked very much of Star Wars, so I didn’t want that same sort of thing,” Gunn said. “I like the idea of Quill’s father being an ancient, cosmic, incredibly powerful being who, just like Rocket, has problems connecting to other people because […] there’s nothing else like him. This character has a hard time connecting to other people because he’s a god who’s been alone for billions of years.” – James Gunn.
Kenyataan James Gunn jelas mahu menunjukan bapa Peter Quill  bukanlah orang biasa, tetapi merupakan para dewa. Sama seperti lagenda Greek, antara Dewa Zeus dan anaknya Hercules. Kiranya status Peter Quill dalam filem Guardians of the Galaxy adalah seorang anak dewa atau demi-god dan mempunyai kuasa yang hebat.
Jadi, kepada peminat Guardians of the Galaxy, berdasarkan siri komik, bapa kepada Peter Quill ada J’son namun telah diubah kepada Ego The Living Plaent dalam dunia cinematic, dengan tujuan bagi melihatkan filem ini lebih menarik dan menunjukan Peter Quill adalah hero yang mempunyai abiliti tersembunyi berbanding karakternya dalam versi komik, manusia biasa yang bergantung pada alatannya dan kebijaksanaan akal.