Trivia

Kenapa Dominic Toretto Mengkhianati Keluarganya

Views

Kami dapat rasakan yang anda semua pasti tidak sabar untuk menonton filem kelapan franchise Fast & Furious yang akan ditayangkan bulan April ini. Filem terbaru ini yang diberikan tajuk The Fate of the Furious ini memberikan kelainan kepada penonton dan diluar norma kebiasaan filem Fast & Furious dimana krew Dominic Toretto aka Dom akan berhadapan dengan ketua mereka sendiri, iaitu Dom.

Sejak dari The Fast & The Furious sehinggalah ke filem Fast7, Dom menunjukkan satu karakter yang cukup unik dan tiada pada watak-watak baik dalam siri filem ini, iaitu kekeluargaan. Dom menganggap kesemua krewnya ada keluarganya dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan mereka selamat. "Family" adalah prinsip utama yang ditunjukan dalam jiwa individu bernama Dominic Toretto, tetapi dalam filem terbaru ini, beliau telah melanggar prinsipnya yang paling utama itu dan mengkhianati krewnya yang juga ahli keluarga beliau. Apa yang menyebabkan Dom twist 100% menjadi jahat?

Terdapat beberapa fan teori mengenai apa yang terjadi pada Dom, apa yang membuatkan dia mengkhianati keluarga dia. Antara teori yang popular dikalangan peminat Fast & Furious adalah Dom dikawal atau dimanipulasi oleh villain dalam filem terbaru iaitu Cipher (Charlize Theron). Banyak spekulasi bagaimana Dom dimanipulasi oleh penjahat tersebut seperti di "Mind Control" atau Chipher meletakan sesuatu pada Dom sehingga Dom terpaksa akur dengan segala arahan Cipher. Mungkin Dom diberikan "high-tech drug" atau item berteknologi tinggi dimasukkan kedalam badan Dom sehinggakan Dom tidak mampu untuk mengawal tingkah lakunya sendiri.

Dom dikawal sepenuhnya oleh Cipher

Terdapat yang mengatakan adik Dom, Mia dijadikan tebusan oleh Cipher sehingga menyebabkan Dom menuruti kehendak penjahat tersebut, namun berdasarkan sinopsis The Fate of the Furious, Brian & Mia dikatakan telah "cuci tangan" dari melibatkan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh Dom, maknanya teori ini dianggap "invalid". Cuma persoalannya, jika Mia mengetahui abangnya berubah menjadi jahat, tak mungkin dia berdiam diri dan mungkin akan bersama-sama krew yang lain cuba menyelamat Dom, melainkan.. benar Mia dan keluarganya dijadikan tebusan oleh Cipher dan Dom terpaksa merahsiakan hal ini dari krewnya dan menuruti kehendak Cipher.. jika tidak mahu melihat Mia dan keluarganya dibunuh.

Adakah ketiadaan Mia dan Brian disebabkan mereka dijadikan tebusan oleh Cipher?

Cipher bukan penjahat sebarangan, dia boleh dianggap lebih merbahaya berbanding adik-beradik Shaw. Cipher memiliki organisasi penjahat yang begitu besar dan mampu mengawal segalanya-galanya termasuklah untuk melakukan pembunuh terhadap krew Dom. Jadi Dom kemungkinan juga Dom diugut oleh Cipher agar untuk melakukan tugasan yang diarahkan kepadanya atau kesemua krewnya dibunuh. Seperti yang kita tahu, Dom sangat mementingkan krewnya, tapi dia dan krewnya tidak mampu untuk berhadapan dengan organisasi Cipher yang sangat merbahaya. Cara paling selamat adalah menuruti kehendak Cipher agar kesemua krewnya selamat. Lihat bagaimana dalam Trailer yang menunjukan Dom hanya melumpuhkan krew-krewnya bukan membunuh mereka terutamannya Luke Hobbs. Jadi Dom terpaksa berpaling demi keselamatan krewnya itu. Malah dalam trailer yang ditunjukkan juga terdapat hint & dialog yang memberitahu kenapa Dom terpaksa berpaling tadah seperti

“I  think I need to remind you why you chose to do this,” - Cipher

“I GOT NO CHOICE,” - Diesel

Hint tersebut menguatkan teori Dom terpaksa memilih Cipher berbanding ahli keluarganya sendiri

Terdapat juga teori yang paling gila mengapa Dom berubah menjadi villain. Dom dalam filem tersebut adalah klon atau penyamar! Teori ini memberitahu Dom sebenarnya ditangkap dan individu lain yang memiliki badan, suara dan wajah yang hampir serupa telah menyamar menjadi Dom dan mengunakan krew-krew Dom untuk melakukan jenayah terancang sebelum "Dom" membuatkan mereka ditangkap oleh penguatkuasa dan menutup jejak siapakah penjahat sebenar yang melakukan jenayah tersebut.

Mampukah Mereka membawa Dominic Toretto kembali ke pangkal jalan?

Jadi terdapa beberapa teori yang memungkinkan kita untuk mengentahui kenapa hero Fast & Furious telah berubah menjadi penjahat, dari seorang yang mementingkan keluarga hingga bertukar menjadi individu yang membelakangkan kelurganya. Buat masa ini kita hanya mampu berspekulasi mengenai twist yang dilakukan oleh Dom, adakah benar Dom di mind control ataupun Dom terpaksa memilih menjadi jahat demi menyelamatkan ahli keluarganya. Jadi untuk kita mengentahui pekara sebenarnya, kita terpaksa menunggu sehingga 13 April ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks