Trivia

Dragon Ball: Kenapa Android 8 Sangat Penting Dalam Kisah Goku

Views

Sebagai pahlawan dan watak utama dalam kisah Dragon BallGoku sangat terkenal dengan sikapnya yang santai, ramah dan baik hati. Walaupun semangatnya untuk bertarung tanpa henti dan sering menjadi tarikan musuh-musuh yang hebat, pahlawan Saiyan itu memiliki reputasi sebagai pemaaf yang luarbiasa, bahkan terhadap musuhnya yang telah menghapuskan rakan dan orang tersayang. 

Contoh yang boleh dilihat adalah terhadap 'frenemy' Goku, Vegeta. Walaupun setelah Yamcha, Chiaotzu, Tien dan Piccolo menemui ajal mereka di tangan penceroboh Saiyan itu, Goku tetap berkeras untuk melepaskan Vegeta. Senario serupa berlaku terhadap Frieza, yang cuba dilepaskan oleh Goku pada saat-saat akhir Planet Namek, walaupun sahabatnya, Krillin telah dibunuh penjahat tersebut. 

Apa yang membuatkan Goku menjadi sangat pemaaf dalam Dragon Ball? ianya disebabkan peranan Android 8 dalam perkembangan karakter Goku.

Sifat pemaaf tidak selalu menjadi kekuatan Goku, dan sebagai seorang kanak-kanak, dia boleh menjadi sangat kejam terhadap lawannya. Kisah awal Dragon Ball menyaksikan penggembaraan Goku mencari Bola Naga, menjadi musuh kepada Red Ribbon Army dan usahanya untuk menjatuhkan organisasi jahat itu. 

Semasa pencerobohan Goku di menara Red Ribbon, dia telah bertemu Android 8 yang ditugaskan untuk mengalahkan Goku. Bagaimanapun, Android 8 tidak seperti yang dijangka - raksasa besar yang sangat ramah. Goku dan Android mula menjadi rakan, dan mereka berdua bekerjasama untuk menyelamatkan Jingle Village dari Genaral White. 

Pertempuran diantara Goku dan General White sambil disaksikan Android 8 menjadi satu pertempuran yang sangat penting dalam perkembangan Goku. Pahlawan muda itu dapat mengalahkan General White dan bersedia untuk menyelesaikan penjahat tersebut.

Goku berkata "jika saya tidak mengakhirinya sekarang, dia tidak akan berhenti". Namun Android 8 menghalang rakannya itu dan berkata, "jika anda menyerahkan segala kemarahan, anda tidak jauh berbeza dengan dia. Goku, anda lebih baik dari itu. Kata-kata belas kasihan Android 8 membuatkan Goku berhenti, dan melepaskan penjahat Red Ribbon Army itu. Dari saat ini, Goku mula berubah menjadi individu yang mempunyai sifat belas kasihan yang dikenali dan disukai oleh peminat. 

Apa yang diajar Android 8 dipraktikan Goku semasa aksi di penghujung siri Dragon Ball, ketika menghadapi Piccolo Jr., dimana dia menghalang kemarahan Kami, dan memberi Senzu Bean kepada lawannya itu. Sudah tentu, ada peristiwa lain yang menyumbang kepada perkembangan Goku. Dibesarkan oleh Datuk Gohan yang baik hati dengan mengajar adab, tatasusila dan kebaikan kepada Goku. Mempunyai keluarga dengan Chi-Chi juga melembutkan perangai Goku, terutama anaknya Gohan, yang membesar menjadi seorang yang cintakan keamanan. 

Seperti yang ditunjukkan dalam pertarungan Goku dengan King Piccolo, Android 8 tidak sepenuhnya dapat memadamkan kemampuan Goku untuk membunuh musuhnya, tetapi cyborg itu menunjukkan jalan kepadanya untuk menjadi orang yang lebih baik. Walaupun wataknya dilihat seperti tidak begitu penting dalam kisah utama Dragon Ball, dan hanya membuat penampilan singkat semasa saga Majin Buu dari Dragon Ball Z, Android 8 layak mendapat kredit kerana pengaruhnya pada perkembangan karakter Goku. 

Sumber: Screenrant

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares