Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis Jelaskan Kenapa Adam Warlock Tidak Muncul Dalam Avengers: Endgame

Adam Warlock MCU

Dalam buku komik Marvel, Adam Warlock memainkan peranan besar dalam menghalang Thanos dari mendapatkan Infinity Stone. Ini seperti diceritakan dalam plot komik Marvel Infinity Gauntlet dan Infinity War. 

Namun, versi sinematik seperti Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame, karakter terkuat kosmik itu langsung tidak membuat sebarang kemunculan untuk membantu Avengers dalam menghentikan Thanos dari mendapatkan “Infinity Stone”. Ketiadaan karakter tersebut jelas sekali mengecewakan segelintir peminat-peminat komik Marvel.

Bercakap mengenainya, dua penulis Avengers: Endgame iaitu Christopher Markus dan Stephen McFeely menjelaskan bahawa mereka sama sekali tidak mahu menggunakan Adam Warlock dalam perjalanan cerita Avengers: Endgame.

“Logiknya di sini adalah untuk menghormati MCU sepertimana ia telah wujud dan watak-watak yang anda sudah jatuh cinta,” jelas McFeely ketika ditemubual majalah Backstory Magazine

“Kami tidak mahu memberikan ruang cerita terlalu banyak untuk memperkenalkan orang baru, ia akan merompak anda daripada seseorang.”

Ketika ditanya kenapa tidak memperkenalkan Adam Warlock sepertimana Marvel Studios memperkenalkan Black Panther dalam filem Captain America: Civil War.

ARTIKEL BERKAITAN: DOCTOR STRANGE MEMAINKAN PERANAN ADAM WARLOCK DALAM FILEM AVENGERS INFINITY WAR

Markus menjelaskan, mereka menggunakan Captain Marvel untuk melakukan pekara seperti Black Panther, dan mengatakan ianya lebih masuk akal membawa masuk karakter tersebut sebagai karakter dari kosmik memandangkan filemnya tidak memaparkan kehebatan Captain Marvel sepenuhnya.

Jelas disini, kedua-dua penulis tersebut cuba untuk mengasingkan perjalanan cerita diantara versi komik dan versi sinematik. Tambahan pula, menggunakan karakter yang sedia adalah lebih sesuai untuk mencipta momen yang dapat diingati kepada peminat-peminat filem Marvel.

Lagipun, James Gunn mempunyai perancangannya tersendiri untuk memperkenalkan Adam Warlock dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 3, jadi rasanya lebih sesuai Adam Warlock diperkenalkan dalam filem GOTG Vol. 3 berbanding Avengers: Endgame bagi mengelakkan kecelaruan penceritaan.

Related posts

Tarikh Tayangan “Godzilla vs Kong” Diawalkan Dua Bulan

Kakimuvee

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Isqandar

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Isqandar

Leave a Comment