Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kenali Watak-Watak Dalam Filem The Sacred Riana: Beginning


Kurang dua minggu sahaja lagi filem The Sacred Riana: Beginning menemui penonton tempatan. Bagi merancakan tayangan filem tersebut, mari kita kenali terlebih dahulu para pelakon The Sacred Riana: Beginning menerusi perkongsian poster karakter dibawah.

Sejak kecil, Riana tinggal bersama kedua ibu bapanya yang menjalankan perniagaan sebuah rumah pengebumian, di sebuah bandar kecil. Mereka kemudiannya terpaksa berpindah ke rumah pakcik Johan di Jakarta selepas keluarga mereka dilanda malapetaka.

Di sana, Riana menemui sebuah patung bernama Riani. Riana mula berhenti berkomunikasi dengan orang lain dan hanya berkawan dengan patung itu. Ketidakhadiran Riana ke sekolah menyebabkan guru kaunselingnya, Cikgu Klara, pergi melawatnya di rumah dan menasihati supaya Riana menjalani pemulihan. Sejak itu, ibu bapa Riana kerap menerima gangguan aneh.

Cikgu Klara kembali bersama Hendro, Lusi dan Anggi, untuk membantu Riana bersosial. Namun, kedatangan mereka menimbulkan masalah yang lebih besar, satu makhluk jahat dari masa lampau bangkit dan mengganggu mereka semua.

Filem arahan Billy Christian ini dibintangi The Sacred Riana yang akan memainkan watak utama. Dia turut disertai beberapa pelakon lain termasuklah Aura Kasih, Agatha Chelsea, dan Prabu Revolusi.



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee