Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Kenali Rusty Collins, Remaja Yang Diburu Cable Dalam Deadpool 2

Bagi yang telah melihat kesemua trailer dan tv spot filem Deadpool 2, pasti anda tertanya-tanya kenapa Deadpool dan pasukannya X-Force cuba melindungi seorang remaja mutant dari diburu oleh mutant yang datang dari masa hadapan iaitu Cable.

Berdasarkan dari senarai watak dalam filem Deadpool 2, remaja yang diburu Cable dikenalpasti sebagai seorang remaja mutant yang bernama Rusty Collins atau juga dikenali sebagai Firefist. Julian Dennison adalah pelakon yang membawakan watak remaja mutant ini.

Dalam dunia komik Marvel, Rusty Collins merupakan seorang yatim piatu dan tinggal bersama pakciknya di Tulsa, Oklahoma. Semasa berumur 16 tahun, Rusty telah menyertai pasukan tentera laut US. Dia memiliki abiliti untuk menghasilkan api dari badannya dan juga Pyrokinesis iaitu kebolehan untuk mencipta dan mengawal api menggunakan mindanya.

Abilitinya mula memuncak ketika berkhidmat sebagai anggota tentera laut sehingga dia secara tidak sengaja mencederakan seorang wanita. Disebabkan kejadian tersebut, Rusty telah ditahan oleh polis tentera. Bagaimanapun, anggota X-Factor (yang dianggotai anggota asal X-Men) telah menyelamatkannya dan mengajar Rusty untuk mengawal kebolehannya itu.

Selain X-Factor, Rusty juga turut pernah menganggotai beberapa kumpulan superhero mutant antaranya X-Terminator dan New Mutants. Rusty juga pernah melalui laluan gelap apabila dia dikawal mindanya oleh Stryfe, klon jahat Cable. Kemudian, Rusty pernah diculik oleh Friends of Humanity, kumpulan anti mutant sebelum menyertai kumpulan Acolytes yang diketuai oleh Magneto.

Mula diperkenalkan oleh Bob Layton dan Jackson Guice dalam komik X-Factor #1 keluaran tahun 1986, watak Rusty Collins akhirnya ditamatkan dalam komik X-Men Vol. 2 #42 keluaran tahun 1995 apabila dia dibunuh oleh mutant yang sangat berkuasa iaitu Holocaust.

Jadi untuk melihat apakah peranan yang dibawa oleh karakter Rusty dalam Deadpool 2 dan sebab Cable memburunya dimasakini, jangan lupa saksikan filem kedua Deadpool ini dipawagam mulai 15 Mei 2018

Related posts

WE RANK THE MANY DISTURBING DEATHS IN HORROR FILMS

Zulaikha

5 Pekara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

8 FUNNIEST MOMENTS OF HOSPITAL PLAYLIST S2 SO FAR

Zulaikha

A LOOK AT HAN SO-HEE’S K-DRAMA CHARACTER FASHION EVOLUTION

Zulaikha

6 Shows Starring Our Very Own Michelle Yeoh You Should Watch on Netflix

Isqandar

A CLOSER LOOK AT THE MUSIC OF HOSPITAL PLAYLIST S2

Isqandar

Leave a Comment