Official TrailerSiri TV

Kenali Poison Ivy Dalam Video Character Spot Siri Animasi Harley Quinn

Views

DC Universe telah melancarkan video 'character spot' Harley Quinn yang memberikan sedikit gambaran mengenai karakter Poison Ivy dalam siri animasi akan datang. Aktres Lake Bell membawa suara untuk watak Pamela Isley, a.k.a. Poison Ivy. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah.

Bintang sitkom Big Bang Theory, Kaley Cuoco menyumbangkan suara untuk watak utama Harley Quinn. Dia turut disertai Alan Tudyk sebagai Joker, Ron Funches sebagai King Shark, JB Smoove sebagai Frank the Plant, Jason Alexander sebagai Sy Borgman, Wanda Syke sebagai Queen of Fables, Giancarlo Esposito sebagai Lex Luthor, Natalie Morales, Jim Rash sebagai Riddler, Diedrich Bader sebagai Batman, Tony Hale sebagai Dr. Psycho, Chris Meloni sebagai Commissioner Gordon, Rahul Kohli sebagai Scarecrow, Sanaa Lathan sebagai Catwoman, Vanessa Marshall sebagai Wonder Woman dan Jacob Tremblay sebagai Robin.

Siri animasi ini akan mengisahkan penggembaraan Harley Quinn selepas berpisah dengan Joker. Ia akan memberi fokus kepada Harley bersama-sama dengan Poison Ivy dan beberapa karakter DC yang lain dimana mereka cuba membantu antara satu sama lain untuk mendapatkan tempat di meja paling besar dalam organisasi villain, iaitu Legion of the Doom.

Cuoco turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Justin Halpern, Patrick Schumacker, dan Dean Lorey. Harley Quinn akan disiarkan di platform penstriman video DC Universe mulai 29 November ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks