Kenali Kumpulan Dan Karakter Dalam Filem Crows Zero (2007)

0
49
views

Mengangkat kisah pelajar sekolah menengah Suzuran. Walaupun hanya spin-off tapi di filem pertama ini cerita yang digarapkan tetap menarik. Di filem ini hanya ada beberapa karakter asal dari manga Crows, iaitu Rindaman, Bando Hideto dan Trio Ebizuka (Hiromi Kirishima, Makoto Sugihara, dan Honjou Toshiaki) sedangkan tokoh utama filem ini iaitu Takiya Genji dan Tamao Serizawa hanya muncul sekilas sahaja dalam versi manga, itupun sekadar muncul di manga Worst yang merupakan sekuel dari Crows.

Filem ini secara ringkasnya menceritakan perebutan kekuasaan di Suzuran iaitu diantara Takiya Genji dan Tamao Serizawa. Walaupun pada akhirnya Genji berjaya mengalahkan Serizawa, tapi masih ada Rindaman yang merupakan orang terkuat di Suzuran. Diceritakan pada penghujung filem, Genji bertarung melawan Rindaman disaksikan oleh Serizawa dan Tokio.

Genji's Perfect Seiha (GPS)

Takiya Genji

Takiya Genji yang mempunyai sifat dingin, egois, dan keras kepala, adalah pelajar perpindahan tahun ketiga di Suzuran yang sebaya dengan Tamao Serizawa. Dia berkeinginan menjadi orang yang pertama dalam sejarah untuk memimpin Suzuran, dan membuktikan kepada ayahnya (bekas pelajar Suzuran yang sekarang menjadi pemimpin Yakuza) bahawa dia akan berhasil dan tidak akan gagal. Jika Genji dapat menyelesaikan tugas ini, dia akan mendapat pengiktirafan dari ayahnya untuk menjadi penggantinya dalam memimpin Yakuza.

Ken Katagiri

Yakuza dari kelompok musuh ayah Genji, dialah orang yang paling berpengaruh dan berjasa besar terhadap impian Genji. Menyusun taktik dan merekrut anggota. Meski pun banyak yang menanggap dirinya pengecut, namun dia rela berkorban dan tidak suka mengkhianati rakannya.

Tamura Chuta

Tamura Chuta, bekas pemimpin Kelas E di Suzuran, telah memberikan kelasnya untuk dikawal Genji setelah tewas di tangan lawannya itu. Dia bergabung dengan GPS dan memberikan semua informasi kepada demi Genji untuk mengalahkan Serizawa, dan seterusnya menjadi pemimpin Suzuran. Banyak membantu Genji untuk menakluki dan memimpin Suzuran.

Takashi Makise

Takashi Makise pemimpin kelas C di Suzuran. Walaupun dia dikalahkan terus-menerus oleh Tamao Serizawa (Raja Suzuran), namun dia mempunyai pengikut dan kekuatan yang besar. Dengan meningkatnya persaingan di Suzuran, Serizawa dan Genji tahu bahawa Makise dan pengikutnya berpengaruh besar untuk membuat kelompoknya menang. Genji dan Ken menyusun rencana untuk mendapatkan kepercayaannya dengan cara lain. Dan Makise pun berpihak kepada Genji dan bergabung dengan GPS.

Izaki Shuz

Tajam dan tepat seperti anak panah. Ketika Genji datang untuk mengajaknya bergabung, dia ingin menguji kekuatan dan daya tahan Genji sebagai pendatang baru di Suzuran. Jika Genji berjaya, dia akan memberikan kawalan Kelas D kepada Genji, dan bergabung dengan GPS.

Serizawa Army

Tamao Serizawa

King of Beast dari Suzuran Higschool itu adalah gelaran bagi Serizawa, dia merupakan individu yang ingin dikalahkan oleh Genji, orang yang disegani di sekolah. Pelajar kelas 3 yang mempunyai tujuan untuk menakluki Suzuran. Sebelum kedatangan Genji, matlamatnya mungkin dapat dicapai. Dengan anggota yang lebih banyak daripada Genji, Serizawa mempunyai kelebihan untuk mengalahkan GPS (pasukan yang dipimpin Genji) namun, Genji adalah saingan berat bagi Serizawa. Kedudukannya sebagai "Raja Suzuran" terancam. Pada akhirnya Serizawa kalah kepada Genji dan mengakui Genji sebagai "Raja Suzuran" yang baru.

Tokio Tatsukawa

Kawan baik Genji ketika kecil, kawan sekelas ketika di Sekolah Rendah. Setelah mengetahui tujuan Genji untuk menjadi penakluk Suzuran dia tidak berpihak kepada Genji melainkan setia sebagai geng Serizawa. Tetapi dia sentiasa meredakan setiap perbalahan di antara Genji dan Serizawa. Dia menghidap penyakit ketumbuhan otak, sempat di bedah dan akhirnya sembuh.

Tokaji Yuji

Terkenal sebagai "otak" di balik Serizawa Army, Tokaji. Pernah menjadi musuh Serizawa.

Shoji Tsutsumoto

Bertarung dengan gaya judo kerana dia merupakan seorang juara pertandingan seni mempertahankan diri itu. Dreadlock dia tu sebenarnya rambut palsu.

Manabu Mikami (Mikami Brothers)

Pemimpin kelas B, pernah menentang Serizawa dari kelas A, tetapi kalah.

Takeshi Mikami (Mikami Brothers)

Kembar kepada Manabu.

Rindaman / Hayashida Megumi

Rindaman merupakan pelajar dari Suzuran yang terkenal sangat kuat dan sangat ditakuti, sehingga dia diberi gelaran "Rindaman si Pembunuh". Rindaman tidak pernah dikalahkan oleh sesiapapun selama berada di Suzuran.

Rindaman mempunyai karakter yang tenang dan kelihatan sentiasa santai, fizikalnya yang tinggi besar menjadikan dia sangat disegani di samping kekuatan yang dimilikinya.

Gelaran Rindaman berasal dari namanya iaitu Hayashida yang dapat disebut sebagai Rinda, selama di Suzuran, Rindaman terus mengembangkan reputasi sebagai seorang pejuang dimana kekuatannya tidak ditandingi, meninggalkan legenda di Suzuran sebagai seseorang yang dapat mengalahkan seratus orang di tahun pertama, ditahun kedua Rindaman tidak hanya terkenal di kalangan juniornya tetapi Rindaman telah mendominasi para seniornya dan tidak ada yang pernah berani menentangnya kecuali saat pertemuannya dengan Genji.

Trio Ebizuka

Hiromi Kirishima

Pemimpin dari geng yang dikenal sebagai Trio Ebizuka. Bersama dengan Mako dan Pon telah menguasai Freshman War di Suzuran.Dia sangat menghormati Izaki.

Toshiaki Honjou

Penampilannya selalu memakai topeng penutup mulut.

Makoto Sugihara

Mako tidak banyak bicara, tetapi dia sangat mahir bertarung di "medan perang".

Hideto Bando

(Ketua The Front Of Armament)

Ketua T.F.O.A (The Front Of Armament). Seorang yang bersikap neutral tidak memihak ke Genji mahu pun Serizawa. Tetapi nama T.F.O.A dicemar oleh Tokaji, maka disebabkan itu dia akhirnya memihak kepada Genji.

Artikel ini telah dikeluarkan di laman Kakimuvee pada Februari 2017

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here