Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Kenali Klasifikasi Rating Filem & Kenapa Ibu Bapa Perlu Peka

Menonton filem atau rancangan televisyen bersama keluarga sangat menyeronokkan, tetapi kadang-kala situasi boleh bertukar menjadi sangat memalukan apabila terdapat adegan yang tidak sepatutnya terpampang di kaca televisyen. Situasi sebegini berlaku kerana penonton kadang-kala terlepas pandang klasifikasi rating sebelum menayangkan sesebuah filem atau rancangan televisyen dihadapan keluarga. 

Kenapa sistem rating diwujudkan?

Rating filem diwujudkan dengan bertujuan memberi maklumat lebih awal kepada ibu bapa mengenai kandungan filem untuk membantu mereka menentukan filem apa yang sesuai untuk anak-anak mereka pada usia berapa pun.

Sistem ini tidak tertakluk pada filem sahaja, pada 1 Januari 1997, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC) telah menguatkuasakan Garis Panduan TV untuk Ibu Bapa, dan semua rangkaian penyiaran dan kabel Amerika Syarikat wajib mematuhi garis panduan yang ditetapkan dengan meletakkan rating pada rancangan atau program televisyen mereka.

Di Malaysia, sistem rating filem telah diperkenalkan pada tahun 1953, dan pada awalnya mengklasifikasikan filem sama ada untuk Penonton Umum (Tontonan Umum) atau Untuk Dewasa Sahaja (Untuk Orang Dewasa Sahaja), dan pada tahun 1996, klasifikasi ini diubah menjadi U (Umum) dan 18 (18 tahun keatas). 

Klasifikasi 18 mempunyai empat kategori iaitu 18SG untuk keganasan yang kuat dan kengerian yang kuat, 18SX untuk kandungan seksual yang kuat, 18PA untuk kandungan politik atau agama dan 18PL untuk dua atau lebih penjelasan. 18PA adalah kategori paling jarang dilihat dalam filem pada era itu. Pada tahun 2008 klasifikasi PG-13 diperkenalkan, yang diubah menjadi P13 pada tahun 2012. 

Untuk televisyen, sistem rating yang sama digunapakai, dan rating tersebut ditunjukkan selama beberapa saat sebelum program dimulakan.

Adakah rating menunjukkan sama ada filem itu bagus atau teruk?

Tidak. Penonton dan pengkritik filem yang menentukan sama ada filem itu bagus atau teruk.

Di Amerika Syarikat, rating sesebuah filem ditentukan oleh Lembaga ibu bapa yang telah dipilih secara khusus. Tugas mereka adalah untuk menggambarkan apa yang mereka yakini sebagai pandangan majoriti sesama ibu bapa dalam menilai filem. Rating yang diberikan oleh mereka tidak bertujuan untuk menyokong, tidak menyokong atau menapis mana-mana filem. 

Bagaimanapun, di Malaysia, rating sesebuah filem ditentukan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). Terdapat tiga kategori untuk filem yang ditapis oleh LPF iaitu:

  • Lulus Bersih 
  • Lulus Dengan Pengubahan 
  • Tidak Diluluskan Untuk Tayangan
    • Filem yang tidak diluluskan untuk tayangan kadang-kala menyentuh prejudis dari segi agama (Noah, Exodus: Gods and Kings) atau secara moral menyinggung perasaan masyarakat dewasa Malaysia (The Wolf of Wall Street, Fifty Shades of Grey; keduanya kerana kandungan seksual). Walau bagaimanapun, filem ini mungkin diluluskan untuk tayangan video.

Selepas diluluskan untuk tayangan, LPF akan menetapkan rating untuk filem yang telah mendapat kelulusan.

Bagaimana untuk melihat kod rating pada perkhidmatan streaming?

Rating untuk filem kita boleh lihat pada poster atau trailer, dan amaran mengenai klasifikasi rating akan diberikan oleh kakitangan pawagam sekiranya kita tidak menyedari klasifikasi filem yang ingin ditonton.

Bagaimana dengan perkhidmatan streaming? seperti rancangan televisyen, setiap perkhidmatan streaming akan meletakkan klasifikasi sesebuah filem atau siri televisyen pada maklumat program tersebut. 

Netflix

Di Netflix misalnya, anda boleh melihat klasifikasi rating sesebuah program pada info (bertanda bulatan merah). Klasifikasi 18+ yang dipaparkan pada info Money Heist mengisyaratkan bahawa siri tersebut hanya untuk penonton berusia 18 tahun keatas. 

Untuk informasi, sistem rating Netflix berdasarkan sistem rating sesebuah negara. Untuk Malaysia, Netflix menggunapakai tiga klasifikasi utama, U, P13 dan 18 dengan tambahan dua klasifikasi. Berikut adalah sistem rating Netflix dan beberapa perkhidmatan streaming lain untuk Malaysia.

Kids

  • ALL – Recommended for all audiences
  • 7+ – Recommended for ages 7 and up

Teens

  • 13+ – Recommended for ages 13 and up

Adults

  • 16+ – Recommended for ages 16 and up
  • 18+ – Recommended for ages 18 and up

Antara perkhidmatan streaming lain yang turut menyediakan klasifikasi rating bagi setiap kandungan mereka:

iQiyi
HBO GO

Bagi mengelakkan kanak-kanak atau golongan remaja dari menonton program yang tidak sesuai untuk mereka, perkhidmatan streaming turut menyediakan pilihan “parental control” – seperti HBO GO (lihat gambar diatas) dan juga profil untuk kanak-kanak, seperti yang tersedia di Netflix. 

Dengan meletakkan kata laluan untuk program selain klasifikasi U atau mencipta profil khusus untuk kanak-kanak, ibu bapa dapat mengawal kandungan yang tidak bersesuaian untuk anak-anak mereka. 

Klasifikasi rating yang perlu anda tahu

Antara klasfikasi yang sering kita lihat adalah PG-13 atau R untuk filem-filem dari Hollywood, manakala di Malaysia klasifikasi U dan 18. Sebenarnya, AS memiliki lebih banyak klasifikasi berbanding Malaysia, yang memiliki tiga klasifikasi. Sebagai informasi, anda boleh lihat senarai klasifikasi rating dibawah:

G — General Audiences. All Ages Admitted.

Semua Usia dibenarkan menonton. Sebuah filem dengan klasifikasi “G” tidak mengandungi apapun mengenai tema, bahasa, seksualiti, kekerasan atau hal lain yang akan menyinggung perasaan orang dewasa jika kanak-kanak atau golongan remaja menonton filem tersebut. Klasifikasi “G” tidak semestinya filem “kanak-kanak”. Mungkin terdapat penggunaan ayat-ayat atau perkataan atau percakapan yang sopan. Tiada penggunaan kata-kata kesat, kekerasan yang minimal, tiada paparan seksual, atau tiada penggunaan dadah.

Contoh filem: Ratatouille, Winnie The Pooh, Mr. Bean’s Holiday, Monsters Inc, Toy Story, Cars, Finding Nemo, The Princess Diaries

PG – Parental Guidance Suggested. Some Material May Not Be Suitable For Children. 

 

Beberapa isi dari filem klasifikasi PG ini mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak. Sebuah filem berklasifikasi “PG” harus disemak terlebih dahulu oleh orang dewasa sebelum membenarkan anak mereka menontonnya. Klasifikasi PG mungkin mengandungi kata-kata kesat, kekerasaan, atau adegan yang tidak sepatutnya. Penonton kanak-kanak atau golongan remaja muda perlu ditemani orang dewasa. 

Contoh filem: Beauty and The Beast, Sing, Moana, Despicable Me, Narnia, Lilo & Stitch, Maleficent.

PG-13 — Parents Strongly Cautioned. Some Material May Be Inappropriate For Children Under 13.

Beberapa kandungan dari filem PG-13 kebanyakannya tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah usia 13 tahun. Klasifikasi “PG-13” adalah peringatan tegas dari MPAA bagi orang dewasa untuk menentukan adakah kanak-kanak di bawah usia 13 tahun dapat menonton filem, dengan pertimbangan adanya beberapa isi filem mungkin tidak sesuai untuk mereka. Filem dengan klasifikasi “PG-13” penuh tema kekerasan, ketelanjangan, seksualiti, bahasa, kegiatan orang dewasa atau unsur-unsur lain, tetapi tidak mencapai klasifikasi “R”.

Contoh filem: Avengers, The Dark Knight, Guardians of The Galaxy, King Arthur, Avatar, Pirates Of The Caribbean, Dunkirk, Tiatnic, Batman Vs Superman.

R or Hard-R — Restricted. Children Under 17 Require Accompanying Parent or Adult Guardian.

Terhad, Kanak-kanak Di Bawah 17 Tahun Memerlukan bimbingan Ibu Bapa atau Penjaga Dewasa. Klasifikasi rating ini bermaksud filem mengandungi bahan dewasa seperti aktiviti dewasa, bahasa kasar, keganasan grafik, penyalahgunaan dadah dan kebogelan. Kanak-kanak dan golongan remaja di bawah usia 17 tahun tidak dibenarkan untuk menonton film klasifikasi “R” tanpa ditemani oleh orang dewasa. Ibu-bapa sangat disarankan untuk mengetahui lebih banyak tentang film klasifikasi “R” agar dapat menentukan kesesuaian filem tersebut untuk anak-anak mereka.

Contoh filem: Alien Covenant (Hard-R), Deadpool (Hard-R), Logan (Hard-R), Terminator 2, The Conjuring, Baywatch, Gladiator, Shutter Island.

NC-17 — No One 17 and Under Admitted.

Filem-filem klasifikasi NC-17 terlalu dewasa untuk kanak-kanak. Rating tersebut tidak bermaksud menjurus kepada lucah atau pornografi, tetapi kandungannya hanya sesuai untuk penonton dewasa

Contoh: Pulp Fiction, Clockwork Orange, Original Sin, Shame, A Serbian Film, Saw (sebelum disunting menjadi ‘R’).

Untuk penapisan filem dan sistem rating di Malaysia, LPF (Lembaga Penapisan Filem atau Lembaga Penapisan Negara) telah menetapkan tiga klasifikasi rating:

  • U (Umum) – Untuk penonton umum. (Digunakan oleh kebanyakan filem di Malaysia hingga 2008.)
  • PG-13 (Penjaga 13) – Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan melainkan ditemani oleh seorang dewasa. (Diperkenalkan pada 2006, ini menjadi sistem pengkadaran wayang gambar Malaysia rasmi pada 2008. Pengkadaran “PG-13” dijadikan “PG13” pada April 2012 untuk menguatkan penggunaan Bahasa Malaysia daripada Inggeris.
  • 18  – Untuk penonton yang berumur lebih daripada 18 tahun sahaja.

Kesimpulannya, filem atau program televisyen yang dihasilkan pengeluar kebanyakkannya adalah untuk hiburan penonton, namun tidak semua dihasilkan untuk tontonan sekeluarga. Jadi, sebagai ibu bapa atau penjaga dewasa, kita harus memberi perhatian kepada klasifikasi rating yang telah disediakan atau membuat sedikit kajian mengenai program yang ingin ditonton. Keprihatinan kita pada klasifikasi rating bukan sahaja dapat membendung kanak-kanak dari menonton adegan yang tidak sepatutnya, malah turut mengelakkan dari berlaku situasi yang memalukan. 

Sumber:

[1] premieretheatres.com

[2] https://rating-system.fandom.com/

[3] https://rating-system.fandom.com/wiki/Film_Classification_Board_of_Malaysia

 

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

4 Sebab Untuk Menonton Lakonan Hebat Han So-hee Dalam “My Name”

Zulaikha

Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel “The Hunt for Red October”

Kakimuvee

Squid Game Is a Fresh Take on The Survival Genre. We’ll Tell You Why!

Zulaikha

DON’T MISS THE BEST STREAMING HIGHLIGHTS THIS OCTOBER

Kakimuvee

Leave a Comment