Kenali Karakter-Karakter Symbiotes Yang Ada Dalam Dunia Komik Marvel

0
97
views

Symbiotes di Marvel Universe Comic telah mengumpulkan reputasi buruk untuk diri mereka sendiri, tapi sebenarnya bukan itu niat mereka. Dikenali sebagai Klyntar, symbiotes sebenarnya merupakan "makhluk asing baik" yang bertujuan untuk membentuk ikatan dengan spesimen (manusia) yang ideal untuk menciptakan pahlawan dan pejuang, semua atas nama membantu orang lain.

Symbiotes sangat dipengaruhi oleh kondisi mental tuan badan tumpangan mereka. Ketika menjalinkan ikatan dengan seseorang yang tidak stabil, Klyntar menjadi korup oleh negatif dari "tuan rumah" mereka, dan akhirnya mereka menciptakan rasaksa yang berpotensi menakutkan.

Bermula dari komik Secret Wars, 1984 apabila Spidey dan pelbagai wira lain telah dihantar ke planet lain untuk melawan penjahat dalam satu pertarungan di antara "baik vs jahat".

Ketika di sana, Spidey memperolehi apa yang beliau fikir hanya sejenis pakaian, tetapi ia sebenarnya adalah satu bentuk kehidupan makhluk asing dikenali sebagai symbiote.

Symbiote tersebut cuba untuk "menjalinkan hubungan" dengan Peter Parker seketika tetapi selepas ditolak ia sebaliknya menemui jalan ke badan Eddie Brock, dan terlahirlah Venom.

Venom

Penampilan pertama : The Amazing Spider-Man #252 (May 1984, "The Alien Costume")
The Amazing Spider-Man #300 (May 1988, Venom)

Symbiot Venom pada awalnya terikat dengan Spider-Man, yang menikmati kekuasaannya meningkat pada awalnya, tapi dengan cepat menyedari kelemahannya. Symbiot itu melemahkan tenaganya, dan setelah menolak symbiot itu dalam sebuah adegan terkenal iaitu di dalam menara loceng di atas gereja, symbiot tersebut bertemu dengan host baru: Eddie Brock.

Eddie Brock menjadi Venom rasmi pertama, salah satu dari musuh paling popular dan utama Spider-Man. Eddie Brock memiliki kebencian mendalam ke Spidey, beliau menganggap Spidey menghancurkan kerjaya kewartawanannya.

Kebencian beliau ini menjana symbiot dan membuatkan beliau menjadi salah satu kuasa yang digeruni dalam Marvel Universe.

Symbiot Venom memiliki banyak host lain, termasuk Angelo Fortunato dan Mac Gargan, tetapi host zaman moden yang paling terkenal adalah Flash Thomson.

Bekas pembuli Peter Parker, Flash Thomson menjadi tentera Amerika yang kehilangan kakinya dalam perperangan. Setelah Eddie Brock meninggalkan identiti Venomnya, Klyntar menjadi aset kerajaan US dan diberikan ke Flash Thomson, yang mampu mengawal symbiot dan menjadi Agent Venom.

Perbuatan baik yang beliau lakukan tidak lama selepas menjadi Agent Venom membuatkan beliau seorang wira dan merupakan impian sebenar Klyntar untuk menjalinkan ikatan dengan host yang bersifat pahlawan.

Beliau juga merupakan host yang paling berani daripada mana-mana symbiot setakat ini, tidak bertindak hanya sebagai Space Knight, tetapi juga merupakan ahli Guardian of The Galaxy.

Carnage

Penampilan pertama : The Amazing Spider-Man #344 (Cletus Kasady, March 1991)
The Amazing Spider-Man #360 (Carnage, 1992)

Carnage adalah satu contoh buruk apa yang berlaku apabila ikatan yang terjalin di antara Klyntar dengan yang manusia yang teruk. Cletus Kasady adalah seorang penjenayah dan pembunuh kejam. Beliau terikat dengan symbiot apabila beliau berkongsi sel penjara dengan Eddie Brock. Venom yang baru pulih ketika, mahu kembali kepada hosnya itu, iaitu Eddie Brock. Bagaimanapun, Venom telah 'melahirkan anak' yang mana anaknya itu mula mencari hos, iaitu Cletus Kasady, penjenayah yang berkongsi sel dengan Eddie.

Symbiot tersebut terus terikat dengan Kasady serta-merta, dan menjadi Carnage yang mengancam bumi.

Amukan Carnage mengakibatkan Spidey turut berasa takut, dan Carnage telah pernah bekerjasama dengan Venom yang merupakan musuhnya semata-mata untuk menumpaskan symbiot yang lebih berkuasa.

Carnage juga telah bekerjasama dengan penjahat yang lain seperti Shriek, Spider-Man Doppelganger dan Demogoblin, serta Venom, yang tidaklah begitu baik hubungannya.

Toxin

Penampilan pertama : Patrick Mulligan Venom/Carnage #1 (September 2004)

Toxin adalah salah satu symbiot yang paling kuat, dan tentunya salah satu symbiot yang paling 'badass' terutamanya dari segi penampilan. Ia adalah kepada “anak” kepada Carnage - yang ingin menghapuskan anak yang tidak diingini itu.

Setelah Toxin lahir, Carnage terlalu lemah untuk melakukannya, dan bangsa Klyntar itu menjalinkan ikatan dengan polis New York, Patrick Mulligan. Ketika Carnage kembali untuk menghapuskan anaknya, Toxin diselamatkan oleh Venom, dan melatih Toxin sebagai sekutu.

Venom dan Carnage menyedari bahawa Toxin merupakan ancaman, mereka bergabung dengan Spider-Man, untuk menghapuskan Toxin. Tugas ini bukannya mudah, kerana Toxin lebih kuat dari Venom dan Carnage. Dengan sedikit bantuan dari Spidey, ia mampu menangkis mereka.

Mulligan kemudian mengundurkan dirinya sebagai polis untuk hidup dengan symbiot, berjanji untuk mengawalnya, tetapi akan melepaskannya selama beberapa jam setiap malam.

Anti-venom

Penampilan pertama : The Amazing Spider-Man #569 (October 2008)

Anti-Venom merupakan symbiot mutasi yang muncul didalam badan Eddie Brock ketika beliau berada di keadaan tidak terurus, menjauhkan diri kerana kanser dan bekerja di dapur bahagian sup.

Nasib Brock berubah ketika beliau menerima tepukan di bahu dari Mr. Negative. Ini membangunkan sisa-sisa symbiot Venom dalam aliran darah, yang melekat pada sel-sel darah putih, dan menyembuhkannya dari kanser yang dideritanya.

Signifikasi yang lebih besar dari ini menjadi lebih jelas ketika Mac Gargan, pemegang terbaru Venom, menyerang dapur untuk mencari Spider-Man. Symbiot Venom di Gargan berusaha untuk menjalinkan kembali ikatan dengan Brock, tetapi symbiot baru dalam darahnya menolak dan menghasilkannya dalam persona baru: Anti-Venom.

Anti-Venom memiliki kemampuan untuk membersihkan tubuh dari symbiotes dan radiasi, dan hampir mengalahkan Spider-Man di pertemuan pertama mereka. Walaupun penampilannya mengerikan, Anti-Venom melakukan beberapa perbuatan heroik antaranya, termasuk menumpaskan organisasi jenayah Mr Negative dan memulihkan New York dari Spider-Virus.

Mania

Penampilan pertama : Venom Vol 2 #38 (September, 2013)

Sering dirujuk sebagai The Daughter Of Venom, Mania sebenarnya klon asal Symbiot Venom. Mania terjadi apabila Flash Thompson, semasa bekerja sebagai seorang guru di Philadelphia, melemparkan sebahagian daripada symbiote Venom ke seorang pelajar, yang telah diserang oleh Jack O'Lantern. Bertentangan dengan sangkaan beliau, symbiot itu terikat dengan pelajar tersebut dan sepenuhnya terbentuk, dan mencipta ikatan baru di antara manusia dan Klyntar: Mania.

Symbiot Mania adalah klon Venom yang telah terikat kepada sumber asalnya beberapa tahun yang lalu. Klon ini berperwatakkan ganas, dan telah direka oleh Ararat Corporation untuk memusnahkan semua kehidupan di bumi.

Klon itu masih aktif dalam Flash apabila beliau mewarisi Venom, dan mendapati satu cara untuk wujud dengan sendiri apabila ia telah diusir untuk menjadi Mania. Lebih merumitkan lagi keadaan, symbiote Mania juga memiliki Hell-Mark yang pernah ditanam di dalam jasad Venom oleh Mephisto. The Hell-Mark memunculkan dirinya kepada Mania apabila ia dibersihkan dari Venom, dan memberikan Mania berupaya untuk mengawal kekuatannya bersama-sama dengan kebolehan simbiotiknya yang sedia ada.

Hybrid

Penampilan pertama : (Guardsman Number Six) New Warriors #21 (1992)

Hybrid adalah elemen terakhir symbiot saga Foundation Life. Host Hybrid adalah Scott Washington, yang merupakan seorang pengawal di The Vault dimana terdapat bangsa Klyntar iaitu Lasher, Riot, Phage dan Agony, yang telah ditahan selepas host asal mereka terbunuh.

Setelah melarikan diri, mereka bergabung bersama-sama dan terikat secara ringkas. Scott yang menemui mereka yang berada dalam keadaan ketakutan dan kesakitan, serta tidak layak untuk dibuat eksperimen. Lalu Scott memutuskan untuk melepaskan mereka keluar dari penjara, dan akibatnya Scott kehilangan kerja.

Scott kembali ke rumahnya, dan selepas pergelutan dengan penjenayah di gelanggang bola keranjang, beliau mendapati dirinya lumpuh dari pinggang ke bawah. Symbiot Hybrid, rasa simpati kepada Scott, lalu menjalinkan ikatan dengan beliau sekali lagi, dan membolehkan kakinya berfungsi kembali. Scott kemudian berusaha membalas dendam terhadap orang yang menganiaya beliau dan banyak yang mengecewakan Hybrid, yang tidak mahu membunuh.

Scott yakin dengan tujuan mereka, dan menggunakan kuasa simbiotik beliau untuk kebaikan, melaksanakan banyak perbuatan berani. Beliau akhirnya dihancurkan oleh Eddie Brock, dan komponen Hybrid kemudian pergi ke Team Mercury kemudian ke Deadpool, sebelum akhirnya menetap pada anjing baka pooch yang mesra.

Scream

Penampilan pertama : Venom: Lethal Protector #4 (1993)

Scream adalah ahli kelima pasukan symbiot Foundation Life, dan tidak berapa stabil tahap mentalnya. Beliau pada asalnya Donna Diego, dan telah dipilih daripada pasukan keselamatan Foundation Life memakai moniker daripada Scream. Beliau memutuskan untuk menguji kuasanyai di sebuah pusat membeli-belah, yang secara tak langsung menarik perhatian Spiderman. Spidey mengekori beliau ke makmal Life Foundation, dan Spidey berakhir dengan bekerjasama dengan Venom untuk menundukkan Scream.

Akhirnya, Scream dan Life Foundation kecundang. Mereka cuba untuk merekrut Venom untuk membantu mereka mengawal symbiotes mereka, tetapi Venom menolak. Mungkin kerana symbiote beliau, Donna Diego mempunyai krisis skizofrenia, dan membunuh semua adik-beradiknya, yakin bahawa sesiapa sahaja yang berkerjasama dengan symbiote adalah jahat.

Scream kemudian cuba untuk menebus dirinya, dan berjuang bersama Venom untuk mengalahkan beberapa penjahat, seperti Xenophage, Dirtnap dan Chimera. Beliau akhirnya mati yang di tangan Eddie Brock, yang memutuskan untuk membunuh symbiotes tinggal selepas beliau tidak lagi boleh menjadi salah satu dari symbiot.

The Life Foundation Symbiotes: Lasher, Phage, Riot, Agony

Penampilan pertama : Venom: Separation Anxiety (1995)

The Life Foundation menghasilkan lima klon dari symbiot Venom untuk bertindak sebagai pasukan polis. Ini dikenali sebagai Agony, Lasher, Riot, Phage dan Scream.

Selepas beberapa pertempuran dengan Spider-Man dan Eddie Brock, host untuk Lasher, Riot, Phage dan Agony dibunuh oleh Scream.

Lasher, Riot, Phage dan Agony telah dipenjarakan didalam The Vault, penjara bagi penjenayah luarbiasa. Selepas melarikan diri dari penjara, 4 symbiotes ini bersama-sama membentuk Hybrid, dan berusaha untuk melakukan kebaikan

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here