Trivia

Kenali Karakter-Karakter Dalam Filem The Eternals

Views

Semasa di konvensyen San Diego Comic-Con yang berlangsung pada 21 Julai yang lalu, Marvel Studios telah memperkenalkan para pelakon filem The Eternals arahan Chloe Zhou kepada para peminat. Selain itu juga, Marvel Studios turut mendedahkan karakter-karakter The Eternals yang akan dilakonkan oleh para aktor filem terbaru Marvel itu.

Bagaimanapun, saya yakin mesti ramai peminat yang kurang tahu mengenai karakter-karakter dalam filem The Eternals. Jadi apa kata kami kongsikan sedikit latarbelakang karakter-karakter Eternal yang bakal muncul dalam filem The Eternals akan datang.

Thena (Angelina Jolie)

Dilahirkan dengan nama asalnya adalah Azura, bagaimanapun bapanya Zuras menukar nama ke Thena yang hampir merupai nama anak kepada Zues, Athena. Tujuannya adalah untuk mengikat perjanjian diantara dewa Olympian dan bangsa Eternals yang mana Eternals akan memainkan peranan sebagai wakil dewa di Bumi.

Seperti pahlawan Eternal yang lain, Thena turut memiliki abiliti-abiliti “superhuman” seperti kekuatan yang tiada had, kelajuan, ketahanan, ketangkasan dan refleks. Dia juga mampu memanipulasi tenaga kosmik untuk memberikan kelebihan “immortality”, terbang dan  kawalan minda, mengawal molekul sebagainya. Dia juga merupakan pahlawan Eternal yang sangat bijaksana selepas belajar dengan guru Eternal dan manusia sejak ribuan tahun.

Ikaris (Richard Madden)

Ikaris merupakan bangsa “Polar Eternal”, iaitu bangsa Eternals yang lahir dan dibesarkan di Bumi. Dia dilahirkan di kota Polarian (kini digelar Siberia) dan anak kepada Virako, antara Eternal yang paling berkuasa. Ikaris tidak mempunyai latarbelakang yang agak jelas. Dia sering memainkan peranan sebagai pahlawan yang menentang Deviant dan pelindung kepada umat manusia. Dia memilih nama “Ikaris” sempena memperingati anaknya yang bernama Icarus yang mati ketika cuba mencari ayahnya.

Ikaris memiliki abiliti tipikal Eternal kekuatan luarbiasa, ketahanan, kelajuan, agiliti dan reflek. Dia juga mampu untuk sembuh dengan cepat, mengawal tenaga kosmik, teleportasi, terbang dan memiliki kuasa psionik. Ikaris juga merupakan ketua kepada bangsa Eternals selepas Zuras.

BACA:  Sebanyak 619 Rancangan TV & Filem Bakal Tersedia Apabila Disney+ Dilancarkan Pada November Ini

Kingo (Kumail Nanjiani)

Kingo Sunen berasal dari penempatan Eternals yang terletak berhampiran pergunungan Hokkaido, Jepun.  Dia berada di Jepun sejak abad ke-16 dan belajar cara-cara untuk menjadi seorang Samurai. Selain menjadi pahlawan Eternal, Kingo juga merupakan bintang filem.

Kingo Sunen memiliki semua kuasa tipikal Eternal, tetapi sangat jarang menggunakan abilitinya itu, sebaliknya lebih suka bertempur dengan cara tradisional Samurai. Pedang samurainya dicipta oleh Phastos dan mampu memotong apa-apa sahaja.

Makkari (Lauren Ridloff)

Makkari boleh dianggap The Flash versi Marvel (walaupun tidak sepantas The Flash). Dia dilahirkan di Olympia, kota untuk bangsa Eternals di Bumi, dan merupakan anak kepada Verona dan Mara. Dia mempunyai minat terhadap bidang kejuruteraan terutamanya yang melibatkan kelajuan. Disebabkan minatnnya itu, Makkari menjadi salah seorang ahli kepada “Eternals’ Technologist’s Guild”, dan sering mencipta kenderaan berkelajuan tinggi.

Walaupun dalam kebanyakan penampilannya, Makkari mempunyai abiliti tipikal ‘The Eternal’, obesesinya terhadap kelajuan membuatkan dia menumpukan seluruh tenaga kosmiknya untuk mempertingkatkan abiliti kelajuannya. Disebabkan itu, dia dikehilangan beberapa abiliti yang ada pada Eternals sepertike kebolehan untuk terbang dan pancaran tenaga. Namun begitu, kelajuannya kini telah mencapai kelajuan cahaya.

BACA:  Adakah Thor: Ragnarok Menandakan Kemusnahan Asgard, Dan Kaitannya Dengan Infinity War

Versi komik, Makkari merupakan Eternal lelaki dan versi MCU akan dilakonkan oleh pelakon wanita iaitu Lauren Ridloff)

Phastos (Brian Tyree Henry)

Seperti Ikaris, latarbelakang Phastos juga tidak begitu jelas. Phastos seorang yang genius, pakar untuk membuat senjata, pakar teknologi untuk bangsa Eternals di Bumi dan dia tidak gemarkan peperangan.

Phastos memiliki abiliti tipikal Etenals dan juga kemampuannya mengawal tenaga kosmik yang memberikannya kelebihan untuk terbang, mencipta ilusi, “matter transmutation”, dan teleportation. Dia juga memilik tukul khas yang mampu memancarkan petir.

Sprite (Lia McHugh)

Sprite merupakan Eternal yang mempunyai fizikal seperti kanak-kanak. Bagaimanapun, dia tidak seperti ahli Eternals yang lebih cerdik dan mulia, Sprite dianggap sebagai “trickster”, yang sering mengejek rakan-rakan Eternals dengan ilusinya. Sikapnya yang “suka bermain” dan melakukan “Prank” kadang kala menyebabkan kesan yang amat buruk terutamanya kepada manusia. Walaupun sering dihukum, dia pasti akan mengulangi perbuatannya itu.

Selain itu juga, Sprite pernah membalas dendam terhadap semua ahli Eternals dengan mengambil semua abiliti dan menghapuskan memori mereka. Dia melakukan pekara demikian kerana bosan diperlakukan seperti kanak-kanak.

Walaupun berbadan kecil Sprite memiliki abiliti sama seperti ahli Eternals yang lain seperti mengawal tenaga kosmik dan “superhuman strength”. Dia juga memiliki kuasa psionik, telepati, telekinesis, “matter transmutation” dan kebolehan mencipta ilusi. Sprite merupakan Eternal lelaki dan wataknya dalam MCU akan dilakonkan pelakon kanak-kanak perempuan.

BACA:  Kenali James Hudson Jr. Anak Lelaki Wolverine

Gilgamesh (Ma Dong-Seok)

Juga dikenali sebagai Hero dan The Forgotten One. Dia dianggap ‘superhero’ dan legenda dikalangan manusia kerana sifatnya yang suka membantu dalam menentang pemerintah yang kejam dan raksasa. Dia pernah dipenjara oleh Zuras, ketua Eternals kerana kebanggaannya dan keinginannya untuk mencampuri urusan manusia. Bagaimanapun, apabila dia berjaya menyelamatkan Bumi dari dimusnahkan Deviant, Zuras telah membebaskannya dan menjadi salah seorang pahlawan Eternals.

Selain bersekutu dengan ahli Eternals yang lain, Gilgamesh juga turut menganggotai kumpulan Avengers dan membantu superhero Bumi itu menentang Growing Man, Nanny, Orphan-Maker, dan N’astirh

Gilgamesh memiliki abiliti tipikal Eternals seperti kebolehan untuk terbang, pancaran tenaga, “immortal” dan lain-lain. Bagaimanapun, “superhuman strength” yang ada pada Gilgamesh memberikannya kelebihan berbanding dengan ahli Eternals yang lain. Dia memiliki fizikal yang paling kuat dan hampir menyamai kekuatan fizikal Thor dan Hercules.

Ajak (Salma Hayek)

Seperti Ikaris, Ajak merupakan ahli Polar Eternal yang dilahirkan dan tinggal di Bumi. Ajak berkawan rapat dengan Ikaris yang telah memainkan peranan penting dalam mitologi Yunani dan Norse selama berkurun-kurun di Bumi. Ajak juga merupakan penghubung diantara Celestial dan Bumi.

Dia merupakan antara pahlawan Eternals yang paling pantas dan mahir dalam seni mempertahankan diri. Selain dari memiliki abiliti tipikal Eternal, dia mempunyai kelebihan dalam mengawal molekul dan memanipulasi tenaga kosmik.

Seperti Makkari dan Sprite, watak Ajak juga dilakonkan oleh pelakon wanita dan dia akan menjadi ketua kepada Eternals dalam filem akan datang.

Tinggalkan Balasan

shares