Berita

Kenali Karakter-Karakter Filem Knives Out!

Views

Filem terbaru Knives Out terbitan Lionsgate bakal menemui penonton pada penghujung November ini. Sementara menantikan filem tersebut, apa kata kita lihat dulu karakter-karakter dalam filem tersebut menerusi poster dibawah.

Filem arahan Rian Johnson ini telah mendapat ulasan yang sangat positif dari para pengkritik dan kini mendapat markah 98% dilaman Rottentomatoes.

Berkisarkan tentang perjumpaan sebuah keluarga yang aneh, dan menjadi huru-hara apabila ketua keluarga itu mati. Perkara itu menyebabkan detektif dihantar untuk melakukan penyiasatan tentang kes kematian tersebut.

Filem ini dibintangi pelakon hebat seperti Daniel Craig dan Chris Evans. Turut menyertai barisan pelakon adalah Michael Shannon, Lakeith Stanfield, Don Johnson, Toni Collette, Christopher Plummer, Katherine Langford, Riki Lindhome, Edi Patterson, Raul Castillo dan Jamie Lee Curtis.

Skrip filem Knives Out ditulis sendiri oleh Rian Johnson. Filem ini akan menemui penonton tempatan mulai 28 November 2019.

BACA:  Patty Jenkins Dedahkan Peranan Pedro Pascal Dalam Filem Wonder Woman 1984

Tinggalkan Balasan

shares