Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Kenali Karakter-Karakter Drama Korea Hell Is Other People / Strangers From Hell

Pelakon-pelakon dan ringkasan drama Korea, Hell Is Other People / Strangers From Hell.

Drama tayangan di OCN sebanyak 10 episod arahan Lee Chang Hee dan ditulis skrip oleh Jung Yi Do ini akan ditayang pada 31 Ogos ini. Lakonan Im Si Wan sebagai pelakon utama, ini merupakan lakonan pertamanya sejak keluar dari Servis Ketenteraan Negara, turut dibintangi Lee Dong Wook, Lee Jung Eun, Lee Hyun Wook, Park Jong Hwan, Lee Joong Ok.

Drama ini berdasarkan webtoon seram thriller yang mempunyai judul yang sama atau tajuknya dalam Korea, Taineun Jiokida karya Kim Yong Ki. Webtoon ini diterbitkan dari 10 Mac 2018 – 9 Januari 2019. Webtoon ini hanya boleh didapati dalam Bahasa Korea dan versi Indonesia, secara rasminya versi bahasa Inggeris masih belum diterbitkan

Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda berusia 20-an, yang pindah ke Seoul untuk pekerjaan baru dan memutuskan untuk tinggal di sebuah apartment murah/asrama yang tidak menyenangkan, di mana dia akan berkongsi bilik air dan dapur dengan penghuni lain. Penghuni-penghuni asrama tersebut agak menyeramkan, mencurigakan dan mempunyai sikap/perangai yang aneh-aneh.

Im Si Wan sebagai Yoon Jong Woo (Bilik 303)

Seorang lelaki muda dari kampung yang datang ke Seoul untuk mencari rezeki. Dia tinggal di asrama lama (goshiwon) di mana semua penghuni di situ kelihatan mencurigakan dengan perangai yang pelik. Jong Woo baru di tempat tersebut dan dia mengalami sendiri pelbagai situasi yang tidak menyenangkan.

Pada mulanya, dia merancang hanya untuk tinggal di asrama tersebut hanya dalam jangka masa pendek tetapi itu tidak terjadi seperti yang dia inginkan.

Jong Woo adalah lelaki biasa-biasa dari keluarga miskin. Dia ingin menjadi penulis dan malahan mengambil bahagian dalam pertandingan penulisan. Tapi dia terpaksa berkompromi dengan realiti.

Selepas 25 tahun, Jong Woo meninggalkan kampungnya untuk menjadi pelatih di syarikat baru seniornya di Seoul. Pada mulanya, dia tidak banyak mengeluh tinggal di asrama tersebut tetapi sedikit demi sedikit dia mula menunjukkan perasaan tidak sukanya.

Jong Woo terpaksa menghadapi “neraka” yang dicipta oleh penghuni-penghuni lain di asrama tersebut.

Lee Dong Wook sebagai Seo Moon Jo

Seorang doktor gigi yang kliniknya berdekatan dengan asrama lama tersebut. Moon Jo sangat disukai oleh orang sekitarnya kerana dia baik hati dan membantu orang dan pesakit.

Moon Jo kacak, kelihatan baik dan pandai bermain dengan kata-kata namun sukar untuk menjangkakan jika dia seorang yang baik atau jahat. Dia diselubungi oleh misteri.

Lee Hyun Wook sebagai Yoo Ki Hyuk/King Eyes (Bilik 302)

Yoo Ki Hyuk adalah salah satu penghuni paling menakutkan di asrama lama tersebut. Dia tinggal di bilik bersebelahan Yoon Jong Woo dan dia adalah orang pertama yang memulakan bicara dengannya.

Yoo Ki Hyuk mengenakan baju lengan panjang sepanjang musim panas tetapi bukan itu sahaja pertangai peliknya, dia mempunyai banyak perangai luar biasa yang tidak normal. Semua penghuni yang tinggal di asrama itu takut padanya.

Lee Jung Eun sebagai Eom Bok Soon, pemilik asrama (goshiwon).

Pemilik goshiwon yang menyeramkan di mana Yoon Jong Woo tinggal.

Pada pandangan pertama, dia kelihatan baik dan ceria namun melihat bagaimana perangainya, nampaknya personaliti sebenarnya bukan seperti itu.

Lee Joong Ok sebagai Hong Nam Bok (Bilik 313)

Dari hari pertamanya di asrama tersebut, Yoon Jong Woo merasakan bahawa Hong Nam Bok memerhatinya sepanjang masa. Hong Nam Bok berkelakuan pelik. Lebih-lebih lagi, dia memakai pakaian sukan lama dan berbau.

Park Jung Hwan sebagai Byun Seuk Jong (Bilik 306)

Byun Seuk Jong lemah dan mempunyai ketidakstabilan emosi. Dia mungkin kelihatan lembut pada luaran, tetapi dia bukan sebegitu. Dia mempunyai sifat kejam yang tersembunyi di dalam dirinya.

Kegagapan dan gelak anehnya tidak menyenangkan bagi orang lain.

Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

Leave a Comment