Ramai peminat-peminat Marvel khususnya Wolverine pasti tahu yang Wolverine aka James “Logan” Howlettt mempunyai seorang anak yang bernama Daken. Yup, memang ramai tahu sebenarnya, tapi itu dalam Earth 616 Marvel iaitu Universe utama dalam dunia Marvel. Tapi tahukah korang, Logan mempunyai seorang lagi anak yang dikenali sebagai James Hudson Jr.?
Dalam UltimateĀ Universe Marvel iaitu Earth 1610, selain Daken, Logan juga mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungannya dengan bekas isteri Magneto iaituĀ Magda Lensherr. Hasil perhubungan mereka maka terhasillah seorang lagi lelaki mutant berketurunan Logan, James Hudson Jr.
Kenapa nama anak lelaki Logan James Hudson Jr.?
Pada mulanya, Logan memberikan nama anak lelakinya Jimmy Howlett, kemudian dia menyerahkan anak lelaki itu kepada seorang lelaki yang juga rakannya semasa Perang Teluk. Dia mempercayai rakannya itu untuk menjaga anaknya yang baru dilahirkan. Disebabkan itu, nama terakhir Jimmy ditukar dari Howlett ke Hudson untuk memudahkannya menjadikan anak Logan sebagai anak angkat. Origin Jimmy telah dirahsiakan dari kecil sehinggalah Jimmy memasuki zaman remaja.
Jimmy tidak mengentahui yang dia adalah seorang mutant, malah dia juga tidak mempercayai mutant sehinggalah pada saat yang dia mengentahui dirinya adalah seorang mutant selepas mengalami kemalangan yang teruk dan dia mengalamai kecederaan parah, naum telah sembuh dengan cepat, sama seperti mutant-mutant lain yang mempunyai abiliti untuk menyembuh dengan pantas.
Siapa yang mendedahkan sejarah dan bapa James Hudson Jr.
Individu yang bertanggungjawab mendedahkan siapa bapa kepada Jimmy ialah Kitty Pryde. Dia telah datang berjumpa dengan Jimmy dan menyerahkan kotak yang mengandungi “dogtag” milik Logan, Majalah Timesweek yang memaparkan cover majalah diantara Wolverine dan juga X-Men serta segumpal rambut milik Jean Grey.
Kitty juga menyerahkan satu mesej holografik kepada Jimmy yang memaparkan mesej Logan yang memberitahu kepada anaknya agar tidak mengingati masa lampau dan sebaliknya menumpukan perhatiannya pada masa hadapan serta memuji rakannya, Hudson kerana menjaga Jimmy.
Kitty juga adalah individu yang bertanggungjawab mendedahkan rahsia abiliti yang ada pada dirinya dan berjaya membuatkan Jimmy mengeluarkan Claw pada tangannya. Namun tidak seperti Logan yang tulangnya disaluti Adamantium, tulang dan Claw Jimmy tidak disaluti Adamantium, tetapi badan mampu menghasilkan bahan metal dan menyaluti tulang-tulangnya terutamanya “claw”nya.
Lain-lain abiliti Jimmy sama seperti bapanya iaitu mampu menyembuh dengan pantas, imun dengan segala penyakit serta mempunyai daya penglihatan dan sense dengan kuat berbanding manusia biasa. Selain itu juga, dia juga merupakan tracker dan pemburu yang cekap.
Jimmy aka James Hudson Jr. telah menggantikan Logan sebagai Wolverine dalam siri komikĀ Ultimate Comics Wolverine #4Ā dan bakal menjadi Wolverine dalam siri komik terbaruĀ X-Men: Blue yang baru diterbitkan pada 12 April yang lalu. Anda boleh memiliki siri komik tersebut dengan membeli digital issue pada laman webĀ Marvel