Trivia

Spider-Man Homecoming: Apa Kelebihan Gajet Terbaru Spider-Man?

Views

Filem sulung Spider-Man bersama Marvel, Homecoming bukan sahaja membawa kita ke zaman Peter Parker semasa di bangku sekolah, tapi ia juga menampilkan sut terbaru yang di pakai oleh Peter Parker dalam filem Marvel terbaru ini. Apa yang menariknya juga, selain sut baru ia turut menampilkan gajet-gajet canggih yang dipakai oleh hero tersebut.

Jika Spider-Man sebelum ini hanya menunjukan "web shooter" sebagai gajet yang dipakai olehnya sepanjang masa, Tetapi kali ini kita dapat melihat gajet-gajet terbaru yang ada pada badannya dan yang digunakan oleh Spider-Man. Kesemua gajet-gajet dan sut yang dipakai Spidey ditaja oleh Tony Stark aka Iron Man. Antara gajet yang dipakai olehnya ialah:-

  1. Web Shooter mempunyai laser targeting system dan Spidey boleh memilih beberapa jenis web yang berbeza
  2. Sutnya dipasang dengan "Web Wings" yang mana boleh membantu Spidey untuk mengelongsor (glide) disebalik bangunan - bangunan pencakar langit di bandar Manhattan.
  3. Tony Stark juga memasang GPS tracking system pada suit Spidey berserta hologram dispay yang terletak pada pergelangan tangannya.
  4. Eye tracking system yang terdapat pada bahagian mata topeng Spidey. Fungsi tersebut untuk digunakan sebagai tracking target dan mengikut anak mata Spidey.

Nampaknya Tony Stark telah mencipta sut Spider-Man berteknologi tinggi untuk digunakan oleh Peter Parker. Tony yang pernah melihat sut lama dan mask yang dipakai oleh Peter Parker bagi menyembunyikan identitinya telah mengambil keputusan untuk cuba membantu Peter menghasilkan Sut terbaru dan canggih untuknya. Lagipun Tony dikatakan sedang merekrut Peter Parker agar menyertainya kumpulan superheronya.

Sut kali ini dikatakan bakal memberikan banyak kelebihan kepada Spider-Man berbanding sut dalam filem-filem terdahulu terutamanya gajet-gajet yang dipasang dan dipakai oleh Spidey. Gajet-gajet tersebut boleh membantu dengan lebih effisien superhero Manhattan ini apabila ingin membanteras jenayah atau apabila bertempur dengan musuhnya.

Kepada yang tidak sabar untuk melihat bagaimana gadjet-gadjet Spider-Man berfungsi, kita tunggu tayangan filem Spider-Man: Homecoming yang akan ditayangkan pada 7 Julai 2017 nanti. Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Tom Holland,  Zendaya, Michael Keaton (watak villian), Donald Glover, Marisa Tomei, dan Robert Downey Jr sebagai Iron Man.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks