Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Kenali 8 Jenis Lantern Selain Green Lantern Corps

Mesti ramai yang sangka, hanya ada satu Lantern Corps iaitu Green, atau dikenali sebagai Green Lantern Corps. Sebenarnya terdapat lagi 8 jenis Lantern yang wujud dalam dunia DC, dan Green Lantern Corps adalah satu daripadanya.

Untuk info, sebenarnya ada 9 Cincin Lantern atau lebih dikenali sebagai Power Rings, dan setiap satunya berlainan warna dan mempunyai kuasa yang berbeza-beza.

Warna-warna tersebut dikenali sebagai spektrum emosi (Emotional Spectrum) dan 7 daripada 9 warna dibahagi kan mengikut warna pelangi iaitu, Red (Rage), Orange (Greed), Yellow (Fear), Green (Willpower) Indigo (Compassion), Blue (Hope), Violet (Love). Warna lain ialah Black (Death) dan White (Life)

Cincin Rage dan Love memberikan pengaruh yang kuat kepada pemakainya manakala Willpower boleh mengawal emosi pemakai cincin tersebut. Mari kita tengok 9 jenis cincin Lantern dan kumpulan-kumpulan yang menggunakannya.

Black Lantern Corps (Death)

Ditubuhkan oleh bekas Guardian Scar dan diketuai oleh Lord of the Undead Nekron. Black Latern Corps adalah sekumpulan zombie dan kesemuanya adalah bekas hero, villian atau manusia biasa yang telah mati dan dibangkitkan semula dengan menggunakan Black Power Ring.

Mereka mempunyai kebolehan untuk menghasilkan kuasa-kuasa dark, meniru kuasa sewaktu badan tersebut masih hidup dan membaca emosi makhluk yang masih hidup

Red Lantern Corps (Rage)

Red Lantern Corps ditubuhkan dan diketuai oleh Atrocitus. Ia akan menarik sifat amukkan yang dihasilkan melalui Power Rings mereka. Atrocitus adalah salah seorang survivor di Sector 666 dimana hampir kesemua Red Lantern Coprs mati dibunuh oleh Robot Guardians  yang dimiliki oleh Manhunters (Disebabkan masalah programming)

Ahli Red Lantern Coprs boleh mengeluarkan cecair api dari badan mereka (melalui mulut) yang mana tahap kemusnahannya sama seperti napalms. Jantung mereka juga digantikan dengan power ring dan sekiranya cincing tersebut dirampas, pemakainya akan mati. Red Lantern Coprs adalah golongan antiher0

Agent Orange (Greed)

Hanya satu saja pemilik spektrum warna ini, iaitu Larfleeze (dikenali sebagai Agent Orange). Larfleeze dan Orange Power Bateri diibaratkan seperti Gollum dan Cincin kesayangnya. Dia tinggal berasingan dan menganggap setiap individu yang menjumpainya ingin mencuri Power Ringnya.

Green Lantern Corps telah membuat gencatan senjata dengan Agent Orange dengan syarat dia tidak melepaskan Orange Light dari power ringnya dan Green Lantern tidak masuk ke kawasannya iaitu Vega System.

Sinestro Coprs (Fear)

Sekumpulan pengganas yang dibentuk dan diketui oleh bekas Green Lantern, Thaal Sinestro. Mereka dikenali sebagai Yellow Lantern Corps. Ahli Yellow Lantern Corps dipilih jika mereka tidak sedikit pun menunjukan rasa takut dan diberikan Qwardian Yellow Power rings.

Mereka adalah musuh utama Green Lantern Corps.

Green Lantern Corps (Willpower)

Mereka adalah sekumpulan pasukan pengaman yang dibentuk oleh Guadians of the Universe. Ia akan menarik emosi willpower kepada pemakai cincin hijau ini. Dianggap sebagai hero.

Blue Lantern Corps (Hope)

Dibentuk oleh bekas Guadians iaitu Ganthet dan Sayd dan diketui oleh Saint Walker. Blue Lantern Corps hanya akan dapat abiliti sepenuhnya dengan menggunakan Green Power Ring. Blue Ring juga mampu untuk mengecas Green Ring yang telah kehabisan kuasa.

Blue Lantern Corps tidak mempunyai kapabiliti untuk melakukan offensif tetapi mampu membantu meningkatkan kuasa Green Lantern Corps.

Indigo Tribe (Compassion)

Sekumpulan nomad yang dibentuk oleh bekas Green Lantern yang telah mati iaitu Abin Sur dan diketuai oleh Indigo-1. Mereka mampu untuk teleport kemana-mana sahaja dan menghasilkan cahaya indigo melalui Power Ring mereka.

Mereka merupakan golongan baik yang selalu membantu Green, Blue dan Violet Lantern.

Star Sapphire Corps (Love)

sekumpulan pahlawan wanita yang diketuai oleh Zamarons. Star Sapphire Corps menggunakan cahaya Violet untuk menarik emosi cinta (Love). Walaupun watak asal Star Sapphire merupakan seorang Villan, namun mereka telah berubah menjadi baik. Akan mencipta kristal yang mengandungi emosi cinta dan menyerang jantung musuh mereka sehinggalah mereka dibebaskan atau menyertai Corps

White Lantern Coprs (Life)

Dibentuk oleh Kyle Rayner. White Lantern Corps boleh dikatakan memiliki kuasa tahap dewa. Mempunyai kesemua kuasa spektrum warna dan mengubah realiti. White Lantern Corps mampu menewaskan Nekron dan Black Lantern Corps serta menamatkan The Blackest Night

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment