Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Kempen #KITAJAGAKITA: Realisasikan Misi Baharu Ejen Ali


Siaran Media

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2020, Primeworks Studios dan WAU Animation melancarkan kempen #KitaJagaKita buat para peminat filem animasi nombor satu di Malaysia, EJEN ALI.  Kempen #KitaJagaKita ini dilihat mempunyai signifikan tersendiri apabila menjadi kempen EJEN ALI pertama dianjurkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation dalam fasa PKPP dan COVID-19.

Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios berkata, “Kami merasa bangga kerana slogan #KitaJagaKita kini dikenali dan menjadi sebutan ramai.  ‘Kita Jaga Kita’ ini sebenarnya merupakan petikan lagu tema dalam filem EJEN ALI The Movie, dinyanyikan oleh Altimet dan Malik Abdullah yang mana lagu ini adalah pembakar semangat juang EJEN ALI dan rakan-rakan ejennya. Kami gembira apabila slogan ‘Kita Jaga Kita menjadi ikutan ramai dan  merasakan mesej ini sesuai  dengan usaha untuk mendukung ekonomi negara yang terkesan akibat COVID19, dengan menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong produk keluaran nasional”.

Bagi merealisasikan kempen #KitaJagaKita ini, EJEN ALI  memperkenalkan rangkaian produk terbaharu yang bersesuaian dengan keadaan sekarang yang mana kebanyakkan keluarga lebih banyak menghabiskan masa di rumah.  Rangkaian produk yang diperkenalkan berupa set papan permainan EJEN ALI Misi : Bootcamp, yang terdiri daripada set tiga papan permainan iaitu ‘Squad Race’, Ejen VS Droids’ dan ‘Gadget Assembly’.  Juga turut dihasilkan adalah set kad permainan (trading card) EJEN ALI Misi : Alliance, yang mana kad ini boleh dikumpulkan untuk membina pelantar sendiri dan berlawan antara satu sama lain.  Selain itu, komik terbaharu EJEN ALI : Side Mission edisi terhad, mengenai pengembaraan EJEN ALI dan rakan-rakan ejennya diluar siri TV dan filem juga bakal dikeluarkan. Kesemua barangan produk eksklusif ini boleh didapati di platform atas talian terpilih, di kedai-kedai buku utama dan kedai serbaneka berhampiran anda.  

Peminat boleh mendapatkan set papan permainan EJEN ALI Misi : Bootcamp dengan harga promosi istimewa iaitu RM29.90, khas di platform e-dagang rakan pelesenan Syarikat Permainan Malaysia (spmgames.com.my), Lazada, Shopee atau ke laman sesawang rasmi EJEN ALI di gear.wau.my untuk semua pembelian dalam talian EJEN ALI Gears .  Harga yang ditawarkan ini adalah untuk tempoh yang terhad bermula dari 9 hingga 20 September sahaja dan akan kembali kepada harga asal,  RM39.90.


Manakala permainan kad EJEN ALI Misi : Alliance boleh dimiliki dengan harga RM3.80 setiap satu pek (mengandungi 6 kad) juga di platform e-dagang Lazada,  Shopee dan kedai dalam talian EJEN ALI Gears . Seterusnya, koleksi kad permainan ini akan berada di rak 7-Eleven dan MyNews.com pada waktu yang terdekat ini.

Komik terbaharu EJEN ALI : Side Mission boleh didapati di toko buku utama seperti MPH, Popular, Syarikat Muda Osman, selain dari platform e-dagang Lazada, Shopee dan juga kedai dalam talian EJEN ALI Gears.  Komik lukisan tangan yang boleh dibeli dengan harga RM17.90 ini bukan sahaja kesinambungan dari misi EJEN ALI The Movie, malah peminat siri animasi kegemaran ramai ini juga dapat mengetahui mengenai misi terbaharu EJEN ALI

Antara  promosi utama untuk kempen #KitaJagaKita adalah pelancaran video muzik versi terbaharu ‘Kita Jaga Kita’ yang dinyanyikan oleh Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah, ditayangkan di saluran YouTube rasmi EJEN ALI.  Menariknya mengenai video muzik ini apabila menampilkan Altimet ke watak animasi dan digabungkan dengan babak dan watak sedia ada dalam  filem EJEN ALI The Movie.  Altimet juga turut meminjamkan suaranya untuk watak Andik dalam filem animasi nombor satu Malaysia 2019.   Sejak ia mula dimuatnaik pada 31 Ogos bersempena dengan hari kemerdekaan, video muzik runut bunyi (Original Soundtrack) ‘Kita Jaga Kita’ ini turut disiarkan di kaca TV dan platform media sosial lain dan meraih jumlah tontonan satu juta penonton di laman YouTube sehingga hari ini.  

Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation berkata,  “Kita berada di sini atas pengorbanan mereka.  Tanpa barisan hadapan yang berjuang melindungi rakyat Malaysia dari COVID-19, kami tidak dapat membangunkan semula ekonomi negara. Dengan kerjasama dan perjuangan mereka, kita dapat merasai kebebasan. Semarakkan semangat Malaysia Prihatin dengan bekerjasama menjaga kesihatan dan tanggungjawab kita untuk membendung dan memerangi wabak Covid-19, seperti kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kita masih belum menang.  Oleh itu bersama… kita jaga kita”, 

EJEN ALI The Movie mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar. Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet  istimewa (IRIS – Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain. Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu EJEN ALI demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

Sokonglah animasi tempatan!

PAKEJ PRODUK TERBAHARU EJEN ALI

EJEN ALI MISI: BOOTCAMP

(Set Papan Permainan)

HARGA:

RM 39.90 | Boleh didapati bermula 9 September 2020

BOLEH DIDAPATI DI:

SPMGAMES.COM.MY, TOYS R US, TOKO BUKU UTAMA  (MPH, Popular, dll), LAZADA, SHOPEE dan EJEN ALI Gears di gear.wau.my

INFO TAMBAHAN:

Harga promosi RM29.90 untuk tempoh terhad bermula 9-20 September hanya untuk pembeli ditalian  

spmgames.com.my, Lazada dan Shopee

EJEN ALI MISI: ALLIANCE

(Koleksi Kad Permainan)

HARGA:

RM 3.80 setiap pek

Terdiri dari 6 kad setiap pek(5 kad + 1 kad istimewa)

BOLEH DIDAPATI DI:

LAZADA, SHOPEE, 7-11 (akan datang), myNEWS.com (akan datang) dan EJEN ALI Gears di gear.wau.my

INFO TAMBAHAN:

Sertai kumpulan Facebook  ejenalimisialliance untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara permainan ini dengan melayari laman sesawang https://www.facebook.com/groups/ejenalimisialliance/

EJEN ALI: SIDE MISSION

(Komik)

HARGA:

RM 17.90

BOLEH DIDAPATI DI:

Toko Buku Utama (MPH, Popular, etc), Toko Buku Tempatan (Syarikat Muda Osman, dan sebagainya) LAZADA, SHOPEE dan EJEN ALI Gears di gear.wau.my

INFO TAMBAHAN:

Komik lukisan tangan mengenai misi-misi mini EJEN ALI


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee