
Kementerian Pertahanan Negara Korea telah mengeluarkan jawapan rasmi kepada isu perkhidmatan ketenteraan khas melibatkan kumpulan BTS.
Min Hong Cheol, ahli Parti Demokratik Korea, membangkitkan soalan berkenaan perkhidmatan ketenteraan BTS kepada Menteri Pertahanan Negara Lee Jong Seop pada sidang pleno ke-4 yang diadakan di Perhimpunan Kebangsaan di Yeouido, Seoul, pada 20 September.
Min Hong Cheol bertanya, “Isu perkhidmatan tentera BTS tidak boleh diputuskan melalui tinjauan pendapat.” dan menambah, “Bolehkah keputusan sama ada kumpulan itu akan berkhidmat dalam tentera benar-benar dibuat melalui tinjauan pendapat?“
Membalas soalan tersebut, Menteri Lee berkata, “Untuk mengulangi kedudukan kementerian Pertahanan Negara, tidak ada perubahan dalam kedudukan sedia ada bahawa sukar untuk memperluaskan sistem perkhidmatan alternatif dari segi keadilan obligasi perkhidmatan tentera ke atas Isu perkhidmatan tentera melibatkan BTS.”
Min berkata lagi, “Saya berpendapat bahawa tugas paling penting dalam perkhidmatan ketenteraan di antara empat kewajipan di bawah Perlembagaan harus dilaksanakan mengikut undang-undang dan prinsip.”
“Saya berharap ketegasan Menteri akan ditegakkan.”
Sementara itu, tinjauan awam telah dijalankan oleh pelbagai media dan Jawatankuasa Pertahanan Dewan Negara untuk menentukan sama ada artis kpop seperti BTS, yang menyumbang secara signifikan kepada promosi negara Korea, harus dibenarkan bertukar kepada perkhidmatan alternatif menggantikan perkhidmatan ketenteraan wajib.
Di antara 1018 individu berumur 18 tahun ke atas, 60.9% mengund bersetuju bahawa perkhidmatan alternatif harus dibenarkan.
Sumber: Allkpop