Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Kembali Sebagai Captain America Adalah Satu Permintaan Sukar” – Chris Evans


Khabar angin mengenai Chris Evans akan kembali ke Marvel Cinematic Universe sebagai Captain America telah berputar sekian lama, lebih-lebih lagi ketika MCU mula menonjolkan ‘multiverse’ dan filem mereka.

Tetapi, dalam temu bual baru-baru ini, pelakon itu solah-olah mencadangkan ia tidak akan berlaku.Ā 

Evan telah ditanya wartawan mengenai khabar angin mengenai kepulangan, mungkin dalam cerita yang menyaksikan Captain America memulakan ‘Infinity Stones.’ Evans sedar permintaan peminat yang mahu melihat kepulangannya dalam MCU, tetapi untuk dia kembali adalah satu ‘permintaan yang cukup sukar’.

“Ada sesuatu yang peminat ingin lihat,”Ā ujar Evans kepada ComicBook

“Saya tidak mahu mengecewakan sesiapa, tetapi ia sukar untuk … ia perjalanan yang bagus dan saya sangat gembira dengannya. Ia sangat berharga bagi saya. Ia harus sempurna. Ia hanya akan menjadi menakutkan untuk meracau sesuatu yang saya sangat sayang. Jadi, untuk kembali, ia menjadi permintaan yang cukup sukar.”


SejakĀ Avengers: Endgame,Ā nama Steve Rogers, watak lakonan Chris Evans, telah disebut beberapa kali dalam entri terbaru Marvel Cinematic Universe. Namun, peminat tidak lagi melihat wataknya selepas memulangkan kesemua ‘Infinty Stones’ dan menjadi seorang lelaki tua yang menyerahkan perisainya kepada Sam Wilson (Anthony Mackie).

Chris Evans mungkin tidak lagi kembali ke MCU, namun watak Captain America akan diteruskan dengan Sam bakal mengambil alih peranan Steve Rogers dalam ansuran keempat francaisĀ Captain America.

Sumber: Comingsoon.net


Related posts

The Marvels Perlu Kutip Lebih AS$400 Juta Untuk Catat Keuntungan

Kakimuvee

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee