Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kematian Pelakon THE FLASH, Logan Williams Disebabkan Pengambilan Dadah Secara Berlebihan

Pada 2 April yang lalu, dilaporkan bahawa pelakon The Flash, Logan Williams telah meninggal dunia, tetapi sebab kematiannya tidak dinyatakan.

Kini, selepas lebih sebulan kematian pelakon berusia 16 tahun itu, ibunya Marlyse Williams mendedahkan bahawa anak meninggal dunia akibat pengambilan opioid secara berlebihan.

Menurut ibunya, Logan dikesan mengambil marijuana pada usia pada 13 tahun. Sejak daripada itu, dia telah melakukan  pelbagai cara untuk membantu anaknya itu bagi menghadapi masalah penagihan dadah, termasuklah menjual rumah untuk menghantar Logan ke pusat rawatan.

Bintang yang sedang meningkat naik dari Kanada itu muncul dalam lapan episod dalam musim pertama siri adiwira DC, The Flash dengan memainkan watak Barry Allen sewaktu muda.

Selain The Flash, mendiang turut mincul dalam siri televisyen When Calls the Heart, Supernatural dan Whispers.

Berdasarkan statistik terbaru yang dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, seramai 67,367 orang telah meninggal dunia akibat penggambilan opioid secara berlebihan.

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment