Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Kematian Adalah Takdir Dalam Trailer “Aku Tahu Kapan Kamu Mati”

Selepas menghasilkan filem hit Makmum, pengarah Hadrah Daeng Ratu kembali dengan filem terbaru berjudul Aku Tahu Kapan Kamu Mati yang akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 13 Ogos ini.

Aku Tahu Kapan Kamu Mati berkisar tentang Siena yang mendapati dirinya mempunyai kebolehan untuk melihat petanda seseorang akan mati selepas dia mengalami insiden `mati suri`, iaitu mati hidup semula. Walau bagaimanapun, rakan-rakannya, Flo, Neni dan Vina, tidak mempercayai akan kebolehannya itu.

Dia menjadi semakin takut apabila orang-orang di sekelilingnya mati seorang demi seorang, selepas muncul roh-roh yang ingin menjemput mereka. Apabila petanda itu muncul pada lelaki yang disukainya, Brama, serta orang-orang yang rapat dengannya, Siena cuba untuk menyelamatkan mereka, sehinggalah petanda itu muncul pada dirinya sendiri.

Filem seram Indonesia ini dibintangi pelakon seperti Natasha Wilona, Ria Ricis, dan Ahmad Al Ghazali.

Aku Tahu Kapan Kamu dibawakan khas oleh GSC Movies

Related posts

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

“Hospital Playlist 2” No. 1 Untuk Minggu Kelima Berturut-Turut, Bintang “The Devil Judge” Kuasai Ranking Pelakon

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

Leave a Comment