Official TrailerSlot Asia

Kemalangan Loji Nuklear Fukushima Bakal Dipaparkan Dalam Filem FUKUSHIMA 50

Views

Pada 11 Mac 2011, Jepun telah dilanda tsunami besar akibat gempa bumi. Bencana tersebut bukan sahaja menyebabkan berlakunya kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda, tetapi turut meletakkan Jepun diancam krisis pencemaran nuklear.

Bencana tersebut telah menyebabkan Loji Kuasa Nuklear Fukushima I mengalami kerosakan dan kebocoran bahan radioaktif. Tetapi segalanya dapat dielakkan selepas pekerja di loji tersebut mengambil keputusan untuk terus berada dan menghalang kebocoran bahan radioaktif menjadi lebih teruk.

Kini, para penonton boleh melihat bagaimana para wira Fukushima bergadai nyawa menghalang kebocoran bahan radioaktif dalam filem bencana Jepun berjudul Fukushima 50. 

Filem arahan Setsuro Wakamatsu ini berdasarkan novel bukan fiksyen “Shi no Fuchi o Mita Otoko: Yoshida Masao to Fukushima Daiichi Genpatsu no 500-nichi” (2012) oleh Ryusho Kadota. Ia berkisarkan tentang pengorbanan 50 orang pekerja yang membuat keputusan untuk terus berada di Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi bagi memastikan tidak berlaku kemusnahan yang lebih teruk selepas loji tersebut musnah akibat gempa bumi besar.

BACA:  8 K-Dramas That Prove That It's Never Too Late For New Beginnings

Dibintangi Koichi Sato, Ken Watanabe, Hidetaka Yoshioka, Narumi Yasuda dan ramai lagi, filem edaran GSC Movies ini bakal menemui penonton pada 30 Julai 2020.

Tinggalkan Balasan

shares