
Trailer pertama dan poster rasmi Insidious: The Red Door telah dilancarkan, memberikan pandangan pertama ke penonton tentang kisah keluarga Lambert yang masih diganggu syaitan.
Sony Pictures menetapkan tarikh tayangan filem ini pada Julai 2023. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah:
Dalam Insidious: The Red Door, semua pelakon asal francais seram itu kembali untuk bab terakhir saga keluarga Lambert yang menakutkan. Untuk menghentikan syaitan yang menganggu mereka sama sekali, Josh (Patrick Wilson) dan Dalton (Ty Simpkins) yang kini seorang remaja, mesti pergi lebih jauh ke dalam ‘The Further’ berbanding sebelum ini, menghadapi masa lalu keluarga mereka yang kelam dan pelbagai keganasan yang baru dan lebih mengerikan, yang mengintai di sebalik pintu merah.
Pelakon asal yang kembali adalah Patrick Wilson (yang mana filem ini adalah debutnya sebagai pengarah), Ty Simpkins, Rose Byrne, dan Andrew Astor.
Turut membintangi oleh Sinclair Daniel dan Hiam Abbass. Dihasilkan oleh Jason Blum, Oren Peli, James Wan dan Leigh Whannell, manakala lakon layar ini ditulis oleh Scott Teems daripada cerita oleh Leigh Whannell, berdasarkan watak yang dicipta oleh Leigh Whannell.