Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Keluarga Addam Bersedia Untuk Bercuti Dalam Poster Terbaru “The Addams Family”


Lionsgate telah melancarkan poster karakter untuk sekuel komedi seram animasi terbaru mereka, The Addams Family 2, yang sekali lagi akan menampilkan pelakon suara hebat yang diketuai oleh Charlize Theron dan Oscar Isaac.

Poster terbaru itu menggoda peminat tentang persediaan keluarga menyeramkan itu yang sedang bersiap-sedia untuk menjalani percutian keluarga yang cukup sengsara. The Addams Family 2 dijadualkan tayangan pada 1 Oktober 2021. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah. 

Sinopsis The Addam Family 2:

“In this all-new movie, we find Morticia and Gomez distraught that their children are growing up, skipping family dinners, and totally consumed with “scream time.” To reclaim their bond they decide to cram Wednesday, Pugsley, Uncle Fester, and the crew into their haunted camper and hit the road for one last miserable family vacation. Their adventure across America takes them out of their element and into hilarious run-ins with their iconic cousin, It, as well as many new kooky characters. What could possibly go wrong?”

Sekuel ini akan menampilkan pelakon suara seperti Oscar Isaac sebagai Gomez Addams, Charlize Theron sebagai Morticia Addams, Chloë Grace Moretz sebagai Wednesday Addams, Nick Kroll sebagai Uncle Fester, Bette Midler sebagai Grandmama, dan Snoop Dogg sebagai IT. Bergabung dengan mereka adalah Javon ‘Wanna’ Walton sebagai suara baru Pugsley, Wallace Shawn, dan Bill Hader.


Berdasarkan siri kartun ikonik dari Charles Addams, The Addams Family 2 sekali lagi diarahkan oleh Conrad Vernon (Monsters vs. Aliens,) dan Greg Tiernan (Day of the Diesels). Filem animasi diterbitkan oleh Vernon, Gail Berman, Danielle Sterling, dan Alison O’Brien, bersama  Kevin Miserocchi, Jonathan Glickman, Cassidy Lange,  Aaron L. Gilbert, dan Jason Cloth sebagai penerbit eksekutif. 

 


Related posts

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Poster Expend4ables Menampilkan Barisan Pelakon Baru & Lama

Kakimuvee

Ice Cube Sertai Dave Bautista Dalam Filem Aksi Komedi ‘The Killer’s Game’

Kakimuvee

[TRAILER] Lizzy Caplan & Antony Starr Bintangi Filem Seram ‘Cobweb’

Kakimuvee

Lionsgate Sedang Membangunkan Filem Kelima John Wick & Tiga Filem Spin Off

Kakimuvee

Bintang The Walking Dead Norman Reedus Sertai Spin Off John Wick “Ballerina”

Kakimuvee