Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Kekacauan Semakin Hampir Dalam Trailer Terbaru ‘Hellbound’

Perkhidmatan hiburan penstriman terkemuka dunia, Netflix, telah melancarkan treler utama ke-2 untuk Hellbound, memberikan gambaran kepada penonton mengenai mereka yang masih hidup dalam dunia yang huru-hara dan kekacauan yang disebabkan oleh peristiwa ghaib di luar imaginasi sesiapa.

Hellbound ialah siri Netflix mengenai peristiwa ghaib yang disebabkan oleh makhluk dunia lain yang muncul entah dari mana untuk mengeluarkan perintah dan menghumban individu ke neraka, menyebabkan kekacauan dan membolehkan kumpulan agama The New Truth mengembangkan kuasanya dan bertembung dengan mereka yang cuba membongkar kebenaran .

Treler yang dikeluarkan memberikan gambaran mengenai keretakan yang semakin meningkat antara manusia di dunia di mana peristiwa ghaib yang belum pernah berlaku sebelum ini membawa kekacauan yang menyeluruh. Demonstrasi neraka yang sukar dipercayai berlaku di tengah-tengah Seoul, betul-betul di hadapan orang ramai; makhluk misteri menghukum individu ke neraka, dan makhluk dunia lain muncul tepat pada masa yang ditentukan untuk mengambil nyawa mereka.

Dunia bertukar menjadi huru-hara dalam sekelip mata. Agama baru, The New Truth bangkit berkuasa dengan mendakwa kejadian-kejadian ghaib sebagai amaran Tuhan terhadap orang berdosa dan bertempur dengan mereka yang berjuang untuk menjaga kebenaran mereka. Orang yang di stigma sebagai pendosa dan kumpulan orang yang memuja The New Truth secara membuta tuli mencetuskan huru-hara dan menyebabkan pertembungan sengit antara satu sama lain.

Diadaptasikan dari webtoon berjudul sama, siri ini diterajui pengarah Train to Busan, Yeon Sang-ho, yang turut menulis lakon layar bersama Choi Gyu-seok. Barisan pelakon terdiri daripada Yoo Ah-in, Park Jeong-min, Kim Hyun-joo, Won Jin-ah, Yang Ik-june, Kim Do-yoon, Kim Shin-rock, Ryu Gyeong-soo, dan Lee Re. 

Hellbound akan ditayangkan secara global pada 19 November ini, hanya di Netflix. 

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

Song Seung Heon & Jo Bo Ah Ditawarkan Peranan Dalam Filem Thriller “Hidden Face”

Zulaikha

Leave a Comment