Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Kejutan Demi Kejutan Dalam Trailer Terbaru A QUIET PLACE 2

Sempena perlawanan Super Bowl, Paramount Pictures telah melancarkan trailer kedua filem seram A Quite Place: Part II yang memaparkan beberapa rakaman terbaru yang mampu mengejutkan anda. Saksikan trailer terbaru ini dipemain video dibawah.

A Quiet Place Part II turut menyaksikan pelakon Millicent Simmonds dan Noah Jupe kembali memainkan peranan mereka sebagai Regan dan Marcus Abbott. Selain itu juga, mereka turut disertai pendatang baru iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou yang masih tidak diketahui watak mereka.

John Krasinsk sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip. Setakat ini, plot filem tidak didedahkan kepada umum.

Dilaporkan juga, pembikinan sekuel kali ini akan menelan belanja yang lebih besar berbanding filem pertama. Emily Blunt yang kebiasannya menerima bayaran 7 angka juga dikatakan sekali lagi sanggup untuk mengurangkan bayaran yang diterimanya kerana filem ini adalah projek yang diminati oleh suaminya, John Kransinski.

Filem pertama A Quite Place yang ditayangkan pada 2018 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya $17 juta dolar. A Quiet Place Part II akan memulakan tayangannya pada 20 Mac 2020.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee

Leave a Comment