Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kejayaan Meraih Anugerah Golden Globes Lonjakkan Kutipan Filem 1917

Kejayaan menggondol anugerah Filem Terbaik Drama Golden Globes baru-baru ini telah banyak membantu filem perang drama terbitan Universal Studios, 1917 meraih kutipan yang cukup memberangsangkan iaitu sebanyak $36.5 juta dolar pada minggu lalu.

Filem arahan Sam Mendes itu tidak dibarisi para bintang, sebaliknya kempen promosi banyak bergantung pada teknik sinematografi ‘single-take’ dan kualiti penghasilan filem. 1917 kini telah mengumpul $39.2 juta dolar dipasaran domestik Amerika Syarikat dan $60.4 juta dolar seluruh dunia.

Selepas tiga minggu dipersada box office AS, filem Star Wars: The Rise of Skywalker akhirnya tewas ditangan 1917. Filem terbaru Lucasfilm itu meraih $15 juta dolar pada minggu lalu, dan kini telah mengumpul $989.5 juta dolar seluruh dunia. Dijangkakan, kutipan filem terakhir Skywalker Saga ini akan mencecah $1 billion dolar menjelang minggu hadapan.

Sementara itu, filem terbitan Sony Pictures, Jumanji: The Next Level menambah $14 juta dolar pada minggu lalu dan kini mengumpul $671.1 juta dolar seluruh dunia.

Paling mengecewakan adalah filem sains fiksyen seram terbaru terbitan 20th Century Fox, Underwater. Filem lakonan Kristen Stewart itu hanya mampu meraih $7 juta dolar pada minggu pertama tayangannya, sekaligus menjadi filem kedua Stewart yang gagal untuk mencapai sasaran kutipan minggu pertama selepas Charlie’s Angels yang gagal dari segi box office pada November yang lalu.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment