Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Kejayaan Filem Adiwiraku Melonjakkan Nama Sangeetha

Kejayaan filem Adiwiraku di Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM 29) dan Anugerah Skrin 2017 (ASK) telah melonjakkan nama pelakon utamanya Sangeetha Krishnasamy. Menurut aktres berkenaan tuahnya dalam kerjaya seni semakin berkembang selepas filem berkenaan mendapat pengiktirafan di peringkat nasinal

Sangeetha Krishnasamy telah dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM 29) dan Anugerah Skrin 2017 (ASK). Disebabkan kejayaan itu, dia dihujani dengan pelbagai tawaran berlakon filem, drama dan juga pengacaraan.

“Saya sebenarnya terkejut dan pelik. Mana taknya, saya tak pernah pun jadi hos apa lagi untuk program berbahasa Melayu. Tapi, saya terima banyak tawaran sebagai pengacara selepas menang Anugerah Skrin 2017,” 

Pelakon berusia 32 tahun itu bagaimanapun berkata dia sedikit risau untuk menerima tawaran itu berikutan berasa kurang keyakinan dengan kemampuan diri.

Dia bagaimanapun akan tetap cuba mencari pengalaman dan untuk terus memantapkan kebolehan diri.

“Biasanya, kalau jadi hos atau berlakon drama, ia memakan masa yang panjang. Jadi komitmen yang panjang menyukarkan persediaan untuk berlakon filem. Walaupun shooting filem singkat tapi persediaannya pula sangat rumit.”

Sementara itu, Sangeetha memberitahu dia bakal muncul dengan sebuah filem terbaru arahan Zulkarnain Azhar yang mana dia akan bergandingan dengan pelakon tersohor Bront Palarae.

Related posts

Tayangan Perdana ‘Take CTRL’ Siri Asli Komedi Keluarga Di Astro

Kakimuvee

Astro Beri Akses Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem & Korea Mulai 29 Januari – 6 Februari 2022

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan Dalam Drama “Hati Yang Dikhianati”

Zulaikha

WeTV Malaysia Mempersembahkan Siri Original Pertamanya, VILLA KRISTAL

Zulaikha

Filem Terbaru Adrian Teh “The Assistant” Akan Ditayangkan Mac Ini, Saksikan Trailer & Poster Rasmi Pertama Disini

Kakimuvee

Leave a Comment