Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Kejahatan Tidak Dapat Dibendung Dalam Trailer “Resident Evil: Welcome to Raccoon City”

Sony Pictures telah melancarkan trailer terbaru filem arahan Johannes Roberts Resident Evil: Welcome to Raccoon City. Filem ini akan ditayangkan di pawagam tempatan Januari 2022. Anda boleh saksikan trailer di pemain video dibawah.

Kembali kepada asal usul francais Resident Evil yang sangat popular, pembikin filem, yang juga peminat Resident Evil, Johannes Roberts menghidupkan permainan itu untuk generasi baharu. Dalam Resident Evil: Welcome to Raccoon City, yang pernah menjadi tempat berkembangnya syarikat farmaseutikal gergasi Umbrella Corporation, Raccoon City kini menjadi bandar Midwestern yang hampir mati.

Peninggalan syarikat itu telah menyebabkan Raccoon City menjadi tanah terbiar … dengan kejahatan yang hebat di bawah permukaan. Apabila kejahatan itu dilepaskan, sekumpulan yang terselamat mesti bekerjasama untuk membongkar kebenaran di sebalik syarikat Umbrella dan memastikan mereka dapat melalui malam menakutkan dengan selamat.

Ditulis & diarahkan oleh Johannes Roberts, Resident Evil: Welcome to Raccoon City dibintangi pelakon Kaya Scodelario, Hannah John-Kamen, Robbie Amell, Tom Hopper, Avan Jogia, dengan Donal Logue dan Neal McDonough. Robert Kulzer, James Harris dan Hartley Gorenstein berkhidmat sebagai penerbit, manakala Martin Moszkowicz, Victor Hadida, Jeremy Bolt dan Paul W.S. Anderson sebagai penerbit eksekutif. 

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Leave a Comment