Trailer antarabangsa ini (untuk pasaran Jepun ; Jack Sparrow dipanggil Jack Sparuru) mendedahkan watak yang amat dikenali dalam francais POTC iaitu Elizabeth Swan (ini juga merupakan SPOILER). Penampilannya dalam trailer ini sangat ringkas, tetapi itu tidak penting, kerana kita sekarang tahu beliau ada dalam filem ini.
Apa sebenarnya ‘jalan cerita’ beliau dalam filem ini? Adakah beliau akan menyertai Will Turner dan bertemu dengan anaknya? Atau, adakah beliau hanya sekadar berada ddalam sedutan imbas kembali?
Akan ditayangkan di pasaran Malaysia pada 25 Mei 2017.