Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Kehidupan Bermula Dalam Trailer Terbaru RAISED BY WOLVES

HBO Max telah melancarkan trailer terbaru Raised by Wolves, siri sains-fiksyen yang dinantikan terbitan Ridley Scott (The Martian, Gladiator, The Terror). Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Raised by Wolves berkisar tentang dua android yang ditugaskan untuk membesarkan anak manusia di planet misteri. Oleh kerana koloni manusia yang sedang berkembang mula terancam disebabkan perbezaan agama, para android mengetahui bahawa mengawal kepercayaan manusia adalah tugas yang khianat dan sukar.

Siri televisyen ini dibarisi pelakon seperti Amanda Collin, Abubakar Salim, Winta McGrath, Niamh Algar, Jordan Loughran, Matias Varela, Felix Jamieson, Ethan Hazzard, Aasiya Shah, Ivy Wong dan Travis Fimmel.

Siri ini dicipta dan ditulis oleh Aaron Guzikowski yang turut bertindak sebagi penerbit bersama-sama Ridley Scott, David W. Zucker, Jordan Sheehan, Adam Kobrenner dan Mark Huffam.

Tiga episod pertama siri ‘original’ HBO Max ini boleh ditonton secara eksklusif di  HBO GO pada 3 September ini.

 

Related posts

Trailer Pertama Musim Ke-4 “Stranger Things” Papar Kisah ‘Origin’ Eleven

Kakimuvee

Trailer Baru “Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie” Menjelang Tayangannya Di Netflix Jun Ini

Kakimuvee

MARVEL STUDIOS’ “LOKI” TO DEBUT WEDNESDAY, JUNE 9th

Zulaikha

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

“Mad For Each Other” Goda Ledakan Gila Dalam Siri Rom-Com Terbaru Netflix

Zulaikha

Pandangan Pertama Jejaka Kegemaran Dunia & Pakar Penyamaran Di “Lupin Part 2”

Kakimuvee