Slot Tempatan

Kegagalan Filem Pertama Tidak Mematahkan Semangat Liyana Jasmay Untuk Terus Hasilkan Filem

Views

Kegagalan filem Bella & Jamie tidak mematahkan semangat Liyana Jasmay untuk terus menghasilkan filem. Bahkan,menurut penerbit, pelakon dan penyanyi itu, dia bakal kembali menerbitkan filem keduannya tidak lama lagi.

Lebih menarik, filem terbaru itu akan menyaksikan Liyana tampil selaku pengarah buat pertama kalinya.

“Saya belum boleh mendedahkan secara terperinci mengenai filem yang bakal diterbitkan itu. Cuma, ia akan memulakan penggambaran pada Jun atau Julai nanti. Kali ini, kami tidak mahu mengulang kesilapan sama. Jadi, kami sedang berusaha mencari syarikat yang sudi untuk melabur dalam projek terbaru ini.”

“Kalau boleh, saya mahukan syarikat yang bukan sekadar mempercayai cerita dihasilkan oleh kami, malah turut percayakan kemampuan saya sendiri,” jelasnya ketika berkata kepada BH Online.

Filem Bella & Jamie diterbitkan syarikat produksi milik Liyana iaitu Mermaid Studios. Dalam filem tersebut, dia turut bertindak sebagai pelakon bersama-sama Juliana Evans dan Izzue Islam.

Bagaimanapun filem yang ditayangkan pada tahun lalu itu hanya mampu meraih RM9,185.50 sekaligus menjadi filem tempatan yang mendapat kutipan terendah untuk tahun 2019.

BACA:  Dua Panggung Wayang Utama Tutup Operasi, Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Penerbit berusia 31 tahun itu tidak kecewa dengan kutipan filem sulung terbitannya kerana percaya filem itu tidak gagal, sebaliknya kegagalan filem itu berpunca daripada pemasaran yang lemah. Liyana percaya, sekiranya pihaknya mendapat pasukan pemasaran yang baik, sudah tentu ia dapat menarik penonton ke pawagam.

Sumber: BH Online / Cinema Online

Tinggalkan Balasan

shares