Kebangkitan First Order Akan Diceritakan Dalam Siri The Mandalorian

191
views

Lebih banyak maklumat didedahkan oleh Jon Favreau dan  Dave Filoni ketika ditemubual wartawan Entertainment Weekly mengenai siri televisyen terbaru Star Wars, The Mandalorian. Antara yang paling mencuri perhatian adalah mengenai First Order – angkatan tentera galaksi jahat yang ditentang Rebellion.

Menurut bekas pengarah Iron Man III itu, The Mandalorian akan menceritakan asal-usul kebangkitan First Order selepas kekuasaan Galactic Empire diruntuhkan New Republic dalam peperangan ‘Battle of Jakku’.

“You get that the Rebels won and they’re trying to establish a Republic, but there’s no way that could have set in for everybody all at once,”. “You have in a Western where you’re out on the frontier and there might be Washington and they might have some marshals, but sometimes good luck finding one.” 

“Also, what could happen in the 30 years between celebrating the defeat of the Empire and then the First Order? You come in on Episode VII, [the First Order are] not just starting out. They’re pretty far along… So somehow, things weren’t necessarily managed as well as they could have been if [the galaxy] ended up in hot water again like that.”

Kemunculan First Order dalam filem Star Wars: Force Awakens menimbulkan tanda-tanya dikalangan dikalangan peminat, lebih-lebih lagi dengan jumlah angkatan yang besar sehingga mampu menewaskan New Republic. Selain itu juga, dengan kemunculan semula The Emperor dalam filem Star Wars: The Rise of Skywalker menambahkan lagi persoalan peminat tentang rancangan kecemasan The Emperor selepas dia dan Galactic Empire ditewaskan Jedi dan New Republic.

The Mandalorian akan menceritakan tentang seorang pahlawan telah muncul dalam dunia Star Wars. The Mandalorian ditetapkan selepas kejatuhan Empire dan sebelum kemunculan First Order. Siri ini akan membawa penonton merasai penggembaran pahlawan solo itu di kawasan galaksi yang luas dan berjauhan dari kekuasaan New Republic.

Pedro Pascal memainkan peranan sebagai pahlawan tunggal Mandalorian. Dia disertai Gina Carano sebagai Cara Dune, bekas Rebel Shock Trooper yang menghadapi masalah untuk bergaul dengan masyarakat serta Carl Weathers sebagai Greef, seorang ketua kumpulan “bounty hunters” yang mengupah The Mandalorian untuk tugasan tertentu.

Siri ini turut dibintangi Giancarlo Esposito, Emily Swallow, Carl Weathers, Omid Abtahi, Werner Herzog dan Nick Nolte.

Jon Favreau bertindak selaku penerbit eksekutif dan showrunner untuk siri ini. Pengarah musim pertama terdiri daripada Dave Filoni, Deborah Chow, Rick Famuyiwa, Bryce Dallas Howard dan Taika Waititi.

The Mandalorian akan mula bersiaran di Disney+ pada 12 November ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here