Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Tidak dinafikan bahawa terdapat individu disebalik siri permainan video Mortal Kombat mahu membawa masuk beberapa watak ikonik Keanu Reeves dalam francais tersebut. Namun bagi Reeves, dia berharap watak ikonik lakonannya tidak dilibatkan dalam permainan video Mortal Kombat.

Bercakap kepada Esquire baru-baru ini, Reeves ditanya sama ada dia mahu melihat John Wick atau Neo memasuki dunia Mortal Kombat. Reeves segera mengatakan ‘tidak’ tanpa memberikan sebarang sebab, melainkan berkata kedua-dua pihak melakukan pekara mereka sendiri. 

“Kalau terpulang pada saya? Tidak,” kata Reeves mengenai kemungkinan penampilan ‘crossover’.

“Mortal Kombat hebat dalam pelbagai cara. Tetapi saya fikir, anda tahu, Neo, John Wick… ya kawan, mereka melakukan perkara mereka sendiri. Mortal Kombat melakukan perkara mereka sendiri.”

Sebelum ini, pencipta bersama Mortal Kombat, Ed Boon berkata dia ingin melihat kedua-dua watak Neo dan John Wick berada dalam permainan itu. Boon turut mengatakan bahawa Neo hampir membuat penampilan dalam Injustice 2, tetapi perkara itu “tidak diteruskan” pada satu ketika.

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

[VIDEO] Prolog ‘Jurassic World Dominion’ Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Kakimuvee

Leave a Comment