Berita

Keanu Reeves Telah Memulakan Latihan Menembak Sebagai Persediaan Untuk Filem John Wick 4 & The Matrix 4

Views

Tidak dinafikan, aktor kacak lagi santun, Keanu Reeves masih lagi panas walaupun telah lama keluar dari kuali. Reeves bakal muncul dalam dua sekuel blockbuster iaitu John Wick 4 dan The Matrix 4 yang bakal berkongsi tarikh tayangannya iaitu pada 24 Mei 2021.

Pelakon itu juga kini sedang sibuk dalam projek terbaru yang juga sekuel iaitu Bill and Ted Face the Music. 

Sebagai persediaan untuk muncul dalam filem John Wick 4 dan The Matrix 4, pelakon berusia 55 tahun itu telah kembali ke lapang sasar untuk berlatih memperkemaskan penggunaan senjata dalam filemnya akan datang.

Menerusi perkongsian pengguna Instagram TaranTactical, Reeves bergaya dihadapan kamera bersama-sama beberapa peminatnya. Dalam gambar itu turut kelihatan pistol automatik yang mungkin digunakan semasa latihan menembak. Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.

Tinggalkan Balasan

shares