Berita

Keanu Reeves Nampak Bergaya Diset Penggambaran Bill & Ted: Face The Music

Views

Filem ketiga Bill & Ted: Face The Music kini sedang sibuk menjalani penggambaran di New Orleans, Amerika Syarikat. Dalam perkembangan terbaru, beberapa gambar dari set penggambaran telah tersebar dilaman sosial Twitter.

Gambar-gambar tersebut menunjukan, dua pelakon utamanya iaitu Keanu Reeves dan Alex Winter sedang membawa peralatan ke van sambil memakai pakaian tuxedos. Anda boleh lihat gambar-gambar terbaru kedua-dua pelakon di bawah.

Filem kali ini menyaksikan Bill S. Preston, Esq. (Alex Winter) dan Ted “Theodore” (Keanu Reeves menerima amaran dari pelawat yang datang dari masa hadapan untuk mencipta sebuah lagu yang akan menyelamatkan semua kehidupan dan alam semesta. Mereka berdua kemudiannya meminta bantuan keluarga, rakan lama dan pemusik terkenal untuk menyempurnakan tugasan mereka itu.

Skrip filem ditulis oleh Chris Matheson dan Ed Solomon, manakala Dean Parisot akan bertindak selaku pengarah.

Bill and Ted Face the Music dijangka akan menemui penonton pada 21 Ogos 2020.

View this post on Instagram

How's it going dudes? It seems Det. Logan is not in a happy mood according in the first pic. This is a scene for Bill and Ted Face The Music where Ted and his father get in a heated argument. I must say that Alex and Keanu wearing their tuxes kinda reminds me of the prom photo in Bill and Ted's Excellent Adventure. Not bad looking though. Can't wait for the film. #billandted #billandtedsexcellentadventure #billandtedsbogusjourney #billandtedfacethemusic #billandted3 #excellentadventure #bogusjourney #facethemusic #billsprestonesquire #tedtheodorelogan #alexwinter #keanureeves

A post shared by B&T Face The Music: 8/21/2020 (@ourexcellentadventure) on

Tinggalkan Balasan

shares